TERMA & SYARAT

tripjepun.com.my

TERMA & SYARAT

  • Pakej-pakej yang terdapat di dalam website ini diuruskan sepenuhnya oleh TripJepun.com.my

  • Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan membatalkan tempahan dengan TripJepun.com.my

  • Pihak TripJepun.com.my tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan pelanggan untuk terbang ke Jepun yang disebabkan oleh masalah dan kecuaian seperti urusan pasport, tiket penerbangan dan senarai hitam oleh pihak imigresen.

  • Menjadi tanggungjawab pelanggan untuk mematuhi undang-undang, peraturan dan adab sopan ketika berada di Jepun. Pihak TripJepun.com.my tidak bertanggungjawab jika pelanggan disabitkan kesalahan atau didenda akibat melanggar peraturan ketika berada di Jepun.

  • Kad pengangkutan awam dan isinya adalah milik TripJepun.com.my dan harus dikembalikan sebelum pelanggan berangkat pulang.

  • Pihak TripJepun.com.my hanya menjadi pemudah cara untuk pelanggan menempah penginapan di Jepun. Sebarang masalah atau isu berkenaan penginapan adalah di luar bidang kuasa pihak TripJepun.com.my dan aduan haruslah disalurkan kepada pengurusan tempat penginapan.

  • Tempoh perkhidmatan tour guide adalah tertakluk kepada jenis tour yang telah dipilih. Cas tambahan akan dikenakan jika perkhidmatan tour diperlukan di luar jadual yang telah ditetapkan.

  • Pihak TripJepun.com.my tidak bertanggungjawab terhadap isu kesihatan pelanggan ketika berada di Jepun. Pihak TripJepun.com.my amat menyarankan pelanggan mendapatkan polisi insuran/takaful ke luar negara ketika berada di Jepun.

  • Dengan memilih perkhidmatan TripJepun.com.my, pelanggan bersetuju dengan semua terma & syarat di atas.