KIYOMIZUDERA TEMPLE

Posted By : Firdaus Khalid/ 620 0

KIYOMIZUDERA TEMPLE

 

 

kiyomizudera kyoto

Kiyomizudera Temple (清水寺) atau bermaksud Kuil Air Suci merupakan antara kuil yang paling terkenal di Jepun. Pada tahun 1994, Kiyomizudera Temple telah diisytiharkan sebagai tapak warisan UNESCO. Kiyomizudera Temple tempat yang wajib anda lawati jika anda datang ke Kyoto. Kiyomizudera Temple telah diasaskan pada tahun 780 di kawasan Air Terjun Otawa yang mana memberi asal kepada nama kepada kuil tersebut.

Kiyomizudera Temple terkenal dengan balkoni kayu yang luas yang terletak di depan dewan utama. Balkoni ini terletak 13 meter di atas bukit di bawah yang memberikan pengunjung pemandangan pokok sakura dan maple yang menarik terutamanya ketika musim bunga dan luruh. Ketika 2 musim ini, kawasan sekitar Kiyomizudera Temple akan meriah dengan warna-warni bunga dan dedaunan. Malah dari pentas ini juga pengunjung dapat melihat bandar Kyoto dari jauh. Lebih menarik, balai utama dan juga balkoni besar dibina tanpa menggunakan sebarang paku.

jishu-shrine

Di sebalik dewan utama Kiyomizudera Temple, terdapat Jishu Shrine iaitu sebuah kuil yang didedikasikan untuk dewa cinta dan jodoh. Di hadapan kuil terdapat 2 buah batu yang diletakkan 18 meter antara satu sama lain. Terdapat kepercayaan jika mereka yang sedang mencari jodoh berjaya berjalan dari satu batu ke batu yang lain dengan mata tertutup, orang tersebut akan bernasib baik dalam mencari cinta. Jika tidak yakin untuk sampai dengan mata tertutup, boleh juga menggunakan bantuan orang lain untuk memandu dari satu batu ke batu yang lain tetapi dikatakan bahawa perantara akan diperlukan dalam proses mencari cinta.

watarfall_kiyomizu_dera

Di bahagian bawah dewan utama terdapat Air Terjun Otowa. Air Terjun Otowa ini dipecahkan kepada 3 aliran berasingan. Mereka mempercayai bahawa setiap aliran air memberi manfaat yang berbeza antaranya memanjangkan umur, memberi kejayaan dalam pelajaran dan juga kehidupan cinta yang beruntung. Terdapat cawan bertangkai panjang untung kegunaan mereka yang ingin meminum air tersebut. Akan tetapi, mereka percaya bahawa meminum air dari ketiga-tiga aliran air adalah tamak.

Di sekeliling kawasan pintu masuk Kiyomizudera Temple di luar kawasan berbayar, terdapat pelbagai bangunan kuil lain seperti pagoda tiga tingkat berwarna merah terang, repositori untuk sutra, pintu masuk besar dan juga Dewan Zuigudo yang didedikasikan kepada ibu Buddha yang mana dengan sedikit bayaran masuk anda boleh mengembara ke ruang bawah tanah yang gelap, menggambarkan rahim ibu.

Selain itu, antara tarikan apabila melawat Kiyomizudera Temple adalah Higashiyama District, kawasan di mana terdapat banyak kedai dan restoren yang menjual pelbagai makanan dan cenderahati kepada pengunjung. Dan jika anda datang berkunjung pada musim luruh, terdapat iluminasi cahaya pada separuh kedua bulan November.

AKSES

Untuk sampai ke Kiyomizudera Temple, anda boleh turun di Stesen Kyoto dan mengambil bas bernombor 100 atau 206. Kemudian turun di perhentian bas Gojo-zaka atau Kiyomizu-michi. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan bayaran tiket bas sebanyak 230 yen. Dari perhentian bas, anda perlu berjalan kaki memanjat bukit selama 10 minit untuk sampai ke Kiyomizudera Temple.

Selain itu, tedapat juga alternative dengan turun di Stesen Kiyomizu-Gojo di laluan Keihan Railway Line dan berjalan lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Kiyomizudera Temple.

Bayaran masuk ke Kiyomizudera Temple adalah sebanyak 400 yen seorang.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM