SAPPORO TV TOWER

Posted By : Firdaus Khalid/ 619 0

Sapporo TV Tower merupakan sebuah menara televisyen yang terletak di dalam kawasan Odori Park di bahagian utara Bandar Sapporo, Hokkaido. Sapporo TV Tower telah dibina pada tahun 1957 dengan ketinggian 147.2 meter dan dek pemerhatian menara ini pula terletak pada ketinggian 90.38 meter. Dibuka untuk orang ramai, melalui dek pemerhatian ini pengunjung dapat melihat Bandar Sapporo dan juga Odori Park.

Sapporo TV Tower ini telah dibina dengan kos pembinaan sebanyak 170 million yen dan telah direka oleh Tachu Naito, iaitu seorang arkitek Jepun yang terkenal kerana turut terlibat dalam pembinaan Tokyo Tower. Pada tahun 1961, jam digital telah dipasang pada ketinggian 65 meter yang mana jam ini telah didermakan oleh Matsushita Electric Industrial Co., sebuah syarikat elektronik Jepun. Pemasangan 4 jam digital di 4 penjuru menara telah dicadangkan oleh pemilik syarikat iaitu Konosuke Matsushita yang merasakan bahawa jam ini akan menarik minat orang ramai terhadap menara ini. Selain itu terdapat beberapa baik pulih dan juga perubahan telah dilakukan terhadap menara ini seperti pemasangan LED dan penukaran papan iklan dibawah jam daripada ‘National’ kepada ‘Panasonic’.

Bahagian bawah Sapporo TV Tower menempatkan kaunter pertanyaan dan kedai-kedai manakala tingkat 2 menepatkan pejabat pentadbiran menara dan tingkat 3 menempatkan kedai cenderahati dan restoren. Bahagian bawah tanah menara pula menghubungkan menara dengan Aurora Town iaitu sebuah arked membeli belah bawah tanah. Lif untuk ke dek pemerhatian terletak di tingkat 3 dan pengunjung perlu mendapatkan tiket untuk ke dek pemerhatian. Harga tiket untuk naik ke dek pemerhatian adalah sebanyak 720 yen seorang. Jika anda ke Sapporo TV Tower, jangan lupa untuk bergambar bersama mascot menara ini iaitu dipanggil ‘Tawakkie’ ataupun turut dipanggil sebagai “Terebi-Tōsan” (Television Daddy).

terebi tosan

AKSES

Untuk sampai ke Sapporo TV Tower, anda boleh turun di Stesen Subway Odori. Bagi yang memilih laluan JR, anda boleh turun di Stesen JR Sapporo kemudian berjalan kaki lebih kurang 10 minit sebelum tiba di Sapporo TV Tower.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM