yen

TIPS TUKARAN WANG

Posted By : Firdaus Khalid/ 4255 1

TUKAR RINGGIT KE YEN DENGAN KADAR YANG RENDAH

 

Di Jepun, matawang yang digunakan adalah dalam bentuk YEN. Oleh itu, disarankan kepada bakal pelancong ke Jepun untuk menukar matawang terlebih dahulu  Ringgit kepada Yen di Malaysia. Sebaiknya biarlah lebih wang yang ditukar kepada Yen di Malaysia berbanding terpaksa menukar ketika berada di Jepun.

Hal ini kerana amat sukar untuk mencari Money Changer yang menerima matawang Ringgit di Jepun. Jika ada, cas yang dikenakan sangat tinggi. Jangan terkejut jika kadar tukaran di Malaysia adalah RM40=1000yen, di Jepun kemungkinan tukaranya adalah RM60=1000yen.  Dalam erti kata lain, jika anda menukar 10,000yen, anda telah kerugian RM200!

Cara Menukar Wang Ringgit Kepada Yen

Terdapat beberapa cara untuk menukar wang Ringgit kepada Yen di Malaysia.

 

1. Money Changer/ Pengurup Wang

Terdapat banyak Money Changer di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan menukar wang daripada Ringgit ke Yen.

Tetapi harus diingat, yang membezakan setiap Money Changer ini adalah kadar tukaran yang ditawarkan.

Carilah Money Changer yang menawarkan WE SELL yang rendah berbanding Money Changer yang lain. Semakin rendah we sell, semakin sedikit wang ringgit yang diperlukan untuk mendapatkan jumlah yen yang sama.

Kaedah menentukan kadar tukaran yang baik.

Sebagai contoh, kadar di XE adalah RM38.26 = 1000yen.

  • Cari Money Changer yang menawarkan kadar yang hampir dengan RM38.26 = 1000yen.

 

Di sini kami mencadangkan beberapa tempat yang biasanya menawarkan kadar tukaran Ringgit kepada Yen yang terbaik.

MV FOREX

 

 

Alamat : LG 042 Centre Court, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.

Contact : +603 2284 4761 / +603 2284 4771 / +603 2284 4000

 

MY MONEY MASTER

 

 

 

Alamat : LG 040 Centre Court, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.

Contact: 1800 22 3030

 

WARISAN RINGGIT

 

 

 

Alamat: GF, Selangor Mansion, 1002-A, Jalan Masjid India, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Contact: +60 3-2694 1421

Kami lebih menyarankan supaya anda menukar wang di kawasan yang tertutup seperti di Mid Valley. Ini kerana di Mid Valley terdapat bank untuk anda mengeluarkan wang anda dan terus ke Money Changer di samping kawalan keselamatan yang lebih baik berbanding di Money Changer di luar.

 

2. Bank Tempatan

 

 

 

Jika di kawasan anda tidak terdapat Money Changer, anda boleh juga menukar di bank-bank tempatan yang menawarkan perkhidmatan money changer.

Antara bank-bank yang menawarkan perkhidmatan tukaran wang asing adalah Maybank, CIMB Bank, Public Bank, Am Bank, Affin Bank.

Berikut adalah lawan web yang boleh anda guna untuk memeriksa kadar tukaran wang di setiap bank berikut

  1. MAYBANK
  2. CIMB BANK
  3. AMBANK
  4. PUBLIC BANK
  5. AFFIN BANK
  6. ALLIANCE BANK

Kebiasannya kadar tukaran di bank adalah lebih tinggi berbanding di money changer. Tetapi jika anda lebih selesa di bank, apa salahnya. Yang penting harus rajin membandingkan kadar tukaran antara bank-bank di atas.

3. Kad ATM

 

 

 

Jika anda kehabisan tunai dalam bentuk Yen di Jepun, anda boleh juga menggunakan kad ATM anda untuk proses mengeluarkan wang di Jepun.

Yang penting, anda telah mengaktifkan kad anda bagi kegunaan antarabangsa. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu menghubungi khidmat pelanggan bank anda untuk tujuan pengaktifan dan juga penetapan had penggunaan.

Sebagai langkah keselamatan, kami menyarankan anda terus membatalkan kegunaan antarabangsa sejurus pulang dari Jepun. Ini kerana sebarang transaksi adalah menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya dan pihak bank tidak akan bertanggungjawab jika berlaku transaksi di luar negara yang berlaku di luar pengetahuan anda.

Malah, kami juga menyarankan agar penggunaan kad ATM ini hanya dilakukan pada waktu kecemasan kerana kadar tukaran yang dikenakan agak tinggi dan mungkin akan membebankan anda setelah pulang ke Malaysia.

4. Kad Kredit

 

 

Penggunaan kad kredit juga adalah salah satu cara untuk berbelanja di Jepun. Jangan lupa untuk mengaktifkan kad untuk kegunaan antarabangsa. Seperti juga kad ATM, kami tidak menggalakkan anda menggunakan kad kredit selain daripada waktu kecemasan.

Selain daripada kadar tukaran yang tinggi, kemungkinan anda terlebih berbelanja dan berhutang di luar kemampuan juga adalah tinggi. Biarlah pergi dengan gembira, pulang juga dengan hati yang berbunga-bunga. Bunga-bunga hutang sama-sama kita jauhkan.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM