OTARU CANAL

Posted By : Firdaus Khalid/ 370 0

Otaru Canal (小樽運河, Otaru Unga) pernah menjadi sebahagian daripada pelabuhan yang sibuk di bandar Otaru pada separuh pertama abad ke 20. Pada ketika itu, barang-barang daripada kapal yang besar diangkut ke atas kapal yang lebih kecil dan dihantar ke gudang di sepanjang terusan. Otaru pernah menjadi kawasan tempat tinggal kaum Ainu dan Otaru dikatakan berasal daripada perkataan ‘Ainu’ iaitu ‘sungai yang mengalir melalui pantai berpasir’.

Otaru Canal semakin kurang digunakan dan dilupakan apabila kemudahan pelabuhan moden memungkinkan barang dipunggah secara terus daripada kapal-kapal yang besar tanpa menggunakan kapal yang lebih kecil untuk dihantar ke gudang. Pada tahun 1980, hasil desakan rakyat yang mahukan Otaru Canal dipelihara, Otaru Canal berjaya dikekalkan dan dipulihara dan bangunan sebelum ini menjadi gudang telah ditukarkan kepada muzium, kedai-kedai dan restoren.

Suasana Otaru Canal yang tenang pada siang hari menjadikan kawasan di tepi terusan popular dengan pelancong yang bersiar-siar di samping terdapat artis-artis yang mempamerkan hasil kerja mereka kepada pelancong yang lalu lalang. Manakala pada waktu malam, kehadiran lampu gas tradisional membangkitkan suasana romantik yang menjadi pilihan bagi pasangan-pasangan yang sedang bercinta.. Malah terusan ini juga berfungsi sebagai tapak utama bagi Festival Perayaan Snow Light Path di bandar Otaru.

AKSES

Untuk sampai ke Otaru Canal, anda boleh turun di Stesen Otaru kemudian berjalan kaki selama lebih kurang 10 minit sebelum sampai di Otaru Canal. Anda boleh juga menaiki bas di hadapan jalan utama Stesen Otaru untuk sampai ke Otaru Canal.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM