NUNOBIKI HERB GARDEN

Posted By : Firdaus Khalid/ 1130 0

NUNOBIKI HERB GARDEN

nunobiki herb garden kobe

Nunobiki Herb Garden merupakan taman herba yang terbesar di Jepun dengan keluasan 40 ekar yang terletak di Gunung Rokko di Bandar Kobe, Jepun. Di Nunobiki Herb Garden terdapat kira-kira 75,000 herba serta bunga-bunga yang terdiri daripada 200 jenis yang mana herba serta bunga ini mekar sepanjang tahun.

Di Nunobiki Herb Garden ini terdapat 14 kawasan taman yang mana pengunjung akan disajikan dengan deretan pokok herba dan bunga yang diasing mengikut tema-tema tertentu. Pengunaan rumah kaca memungkinkan bunga serta buah-buahan seperti guava dan betik ditanam di sini sepanjang tahun.

Di Nunobiki Herb Garden ini terdapat restoren, kafe, muzium, pameran serta kenai cenderamata yang mana ada menjual pelbagai barangan berasaskan herba serta wangi-wangian yang diperbuat daripada bunga-bungaan yang ditanam di taman ini,

Oleh kerana Nunobiki Herb Garden terletak di atas gunung, terdapat 2 cara untuk pengunjung sampai ke taman ini. Pengunjung boleh memilih untuk menaiki kereta kabel ataupun mendaki sendiri ke taman ini dari bawah. Dalam perjalanan untuk sampai ke Nunobiki Herb Garden, pengunjung dapat melihat Nunobiki Waterfall iaitu sebuah air terjun yang mana namanya berasal daripada bentuk air terjun ini yang seperti kain berbungkus.

Bayaran masuk ke Nunobiki Herb Garden adalah sebanyak 200 yen. Jika pengunjung memilih untuk menggunakan kereta kabel, terdapat pakej berharga 1400 yen bagi tiket ulang alik kereta kabel serta bayaran masuk ke Nunobiki Herb Garden. Manakala 900 yen pula bagi bayaran masuk ke Nunobiki Herb Garden serta kereta kabel bagi penggunaan sehala sahaja. Kami di Trip Jepun lebih mencadangkan anda menaiki kereta kabel jika tempoh lawatan anda singkat kerana tempoh mendaki agak memakan masa selain memenatkan.

AKSES

Untuk sampai ke Nunobiki Herb Garde, anda boleh turun di Stesen Shin-Kobe. Jika anda memilih untuk menggunakan kereta kabel, anda perlu berjalan kaki dalam tempoh 5 minit untuk sampai ke stesen bawah Shin-Kobe Ropeway.

Jika anda memilih untuk mendaki, anda boleh keluar dari pintu keluar di tingkat pertama yang mana anda akan menemui terowong di bahagian bawah stesen yang membawa ke bahagian hutan Gunung Rokko.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM