ISUIEN GARDEN

Posted By : Firdaus Khalid/ 624 0

Isuien Garden adalah sebuah taman Jepun yang terletak di Nara, ibu kota lama bagi Jepun berdekatan Kyoto. Isuien Garden (依水園) bermaksud “taman yang diasaskan dari air” yang mana air kolam di taman ini berasal dari aliran Sungai Yoshikigawa. Taman ini telah dipelihara semenjak ia dibina pada zaman Meiji dan merupakan satu-satunya ‘walking garden’ di Nara.

ISUIEN GARDEN

Isuien Garden adalah sebuah taman Jepun yang terletak di Nara, ibu kota lama bagi Jepun berdekatan Kyoto. Isuien Garden (依水園) bermaksud “taman yang diasaskan dari air” yang mana air kolam di taman ini berasal dari aliran Sungai Yoshikigawa. Taman ini telah dipelihara semenjak ia dibina pada zaman Meiji dan merupakan satu-satunya ‘walking garden’ di Nara. ‘Walking garden’ ataupun dalam bahasa Jepun ‘Kaiyushiki Teien’ adalah sejenis taman Jepun yang menampilkan  kolam utama atau tasik kecil dengan laluan berjalan kaki mengelilinginya. Malah, keindahan taman ini menjadi lebih menyerlah apabila Gunung Wakakusayama dan Nandaimon Gate menjadi latar belakang unik bagi taman ini.

Isuien Garden merangkumi kawasan seluas 13,500 meter persegi dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian depan dan belakang dengan beberapa rumah tea dibina di dalamnya. Bahagian hadapan taman mempunyai sejarah yang panjang membawa kepada pertengahan abad ke 17. Bahagian belakang taman yang mana lebih besar daripada bahagian hadapan adalah lebih baru dan dibina pada tahun 1899 oleh seorang peniaga kaya Nara bernama Seki Tojiro. Di kolam utama Isuien Garden, terdapat dua pulau kecil dengan patung burung jenjang dan kura-kura. Dalam budaya Jepun, kedua-dua haiwan ini melambangkan umur yang panjang.

Bersebelahan Isuien Garden terdapat sebuah muzium yang mempamerkan pelbagai koleksi peribadi seperti tembikar, cop, cermin dan artifak daripada China dan Korea purba. Bayaran masuk ke Isuien Garden adalah sebanyak 900 yen seorang dan bayaran ini termasuk dengan bayaran untuk masuk ke muzium di dalam taman.

AKSES

Untuk sampai ke Isuien Garden, anda boleh turun di Stesen Kintetsu Nara dan berjalan kaki lebih kurang 15 minit untuk sampai ke taman.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

TODAIJI TEMPLE

Posted By : Firdaus Khalid/ 613 0

TODAIJI TEMPLE

Todaiji Temple (東大寺, Great Eastern Temple) adalah salah satu daripada kuil yang paling terkenal dan kaya dengan warisan sejarah di Jepun. Selain itu, kuil ini turut menjadi mercu tanda bagi bandar Nara. Todaiji Temple telah dibina pada tahun 752 dan berfungsi sebagai ketua kepada semua kuil Buddha di Jepun. Oleh kerana pengaruh kuil yang sangat kuat kepada kerajaan, pada tahun 784, ibukota telah dipindahkan dari Nara ke Nagaoka dalam usaha mengurangkan pengaruh kuil dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan.

giant buddha

Daibutsuden (Big Buddha Hall) iaitu dewan utama di Todaiji Temple merupakan bangunan kayu terbesar di dunia walaupun pembinaan semula dewan yang ada pada hari ini hanyalah dua per tiga daripada saiz dewan kuil yang asal. Bangunan besar ini menempatkan salah satu patung gangsa Buddha yang terbesar di Jepun yang dipanggil Daibutsu. Saiz bukaan tapak tangan Daibutsu ini menyamai ketinggian seorang manusia dewasa. Selain itu terdapat beberapa patung Buddha yang lebih kecil dan juga model bangunan yang terdahulu dan sekarang dipamerkan di Dewa Daibutsuden.

Di laluan menuju ke Todaiji Temple terdapat sebuah pintu gerbang kayu besar yang diberi nama Nandaimon Gate. Terdapat 2 patung yang berwajah garang yang diletakkan di bahagian dalam pintu gerbang ini, dikatakan menjadi penjaga. Kedua-dua patung ini dan juga pintu gerbang Nandaimon diisytiharkan sebagai khazanah negara. Selain itu, pengunjung juga mungkin akan bertemu rusa jinak yang datangnya dari Nara Park berhampiran yang mencari shika senbei iaitu biskut khas untuk rusa.

Todaiji Temple meliputi kawasan yang luas dan merangkumi kebanyakkan kawasan utara Nara Park. Selain itu di di kawasan Todaiji Temple terdapat beberapa kuil yang lebih kecil serta tempat-tempat menarik seperti Todaiji Museum, Nigatsudo Hall, Hokkedo Hall, Kaidanin Temple dan Shosoin Storehouse.

AKSES

Todaiji Temple terletak di bahagian utara Nara Park. Untuk sampai ke sini anda boleh turun di Stesen Kintetsu Nara kemudian berjalan kaki lebih kurang 30 minit. Selain itu anda boleh juga turun di Stesen JR Nara kemudian berjalan kaki lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Todaiji Temple.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM