ISUIEN GARDEN

Posted By : Firdaus Khalid/ 632 0

Isuien Garden adalah sebuah taman Jepun yang terletak di Nara, ibu kota lama bagi Jepun berdekatan Kyoto. Isuien Garden (依水園) bermaksud “taman yang diasaskan dari air” yang mana air kolam di taman ini berasal dari aliran Sungai Yoshikigawa. Taman ini telah dipelihara semenjak ia dibina pada zaman Meiji dan merupakan satu-satunya ‘walking garden’ di Nara.

ISUIEN GARDEN

Isuien Garden adalah sebuah taman Jepun yang terletak di Nara, ibu kota lama bagi Jepun berdekatan Kyoto. Isuien Garden (依水園) bermaksud “taman yang diasaskan dari air” yang mana air kolam di taman ini berasal dari aliran Sungai Yoshikigawa. Taman ini telah dipelihara semenjak ia dibina pada zaman Meiji dan merupakan satu-satunya ‘walking garden’ di Nara. ‘Walking garden’ ataupun dalam bahasa Jepun ‘Kaiyushiki Teien’ adalah sejenis taman Jepun yang menampilkan  kolam utama atau tasik kecil dengan laluan berjalan kaki mengelilinginya. Malah, keindahan taman ini menjadi lebih menyerlah apabila Gunung Wakakusayama dan Nandaimon Gate menjadi latar belakang unik bagi taman ini.

Isuien Garden merangkumi kawasan seluas 13,500 meter persegi dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian depan dan belakang dengan beberapa rumah tea dibina di dalamnya. Bahagian hadapan taman mempunyai sejarah yang panjang membawa kepada pertengahan abad ke 17. Bahagian belakang taman yang mana lebih besar daripada bahagian hadapan adalah lebih baru dan dibina pada tahun 1899 oleh seorang peniaga kaya Nara bernama Seki Tojiro. Di kolam utama Isuien Garden, terdapat dua pulau kecil dengan patung burung jenjang dan kura-kura. Dalam budaya Jepun, kedua-dua haiwan ini melambangkan umur yang panjang.

Bersebelahan Isuien Garden terdapat sebuah muzium yang mempamerkan pelbagai koleksi peribadi seperti tembikar, cop, cermin dan artifak daripada China dan Korea purba. Bayaran masuk ke Isuien Garden adalah sebanyak 900 yen seorang dan bayaran ini termasuk dengan bayaran untuk masuk ke muzium di dalam taman.

AKSES

Untuk sampai ke Isuien Garden, anda boleh turun di Stesen Kintetsu Nara dan berjalan kaki lebih kurang 15 minit untuk sampai ke taman.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM