japan garden

TIPS JIMAT KOS PENGINAPAN

Posted By : Firdaus Khalid/ 1217 0

TIPS JIMAT KOS PENGINAPAN

Selain kos pengangkutan dan kos makanan, kos penginapan juga antara faktor penting yang mempengaruhi perbelanjaan anda ketika di Jepun.

Tahukah anda, kadar penginapan di hotel biasa untuk satu malam adalah lebih kurang RM300 hingga RM400. Dan kebiasanya hotel di Jepun tidaklah seluas seperti hotel di Malaysia. Selain hotel terdapat pelbagai jenis lagi penginapan yang boleh anda cuba dan rasai di Jepun? Antaranya  ialah homestay, hostel, dorm dan hotel kapsul. Namun begitu, jika anda pergi secara berkumpulan, kami lebih menyarankan anda untuk menyewa homestay.

Selain daripada faktor keselesaan dan privasi berbanding hostel atau dorm, kebanyakkan homestay menyediakan kemudahan untuk mencuci pakaian dan memasak. Malah ada sesetengah homestay menyediakan basikal dan poket wifi yang boleh dibawa ketika anda keluar bersiar-siar. Di sini saja anda telah jimat daripada segi makanan, mencuci pakaian dan internet. Di samping itu, harga homestay jauh lebih murah berbanding hotel dan lebih berlaloi dengan kelengkapan dan kemudahan yang disediakan.

Di sini kami kongsikan pengalaman klien kami menginap di homestay sebagai rujukan anda.

Situasi 1

Bilangan pelancong : 12 orang termasuk 1 bayi

Tempoh menginap: 7 hari 6 malam

Jumlah Bilik : 5 bilik, 1 tandas, 1 bilik mandi, 1 ruang tamu, 1 dapur

Kelengkapan : Dapur, peti sejuk, microwave, pemanas air, mesin basuh, poket wifi

Jarak dari stesen kereta api : 10minit berjalan kaki

Harga : RM4500 untuk 6 malam.

Kos/Orang : (4500/12orang)/6malam = RM62.50 untuk sehari

Situasi 2

Bilangan pelancong : 2 orang termasuk 1 bayi

Tempoh menginap: 5 hari 4 malam

Jumlah Bilik : Studio unit

Kelengkapan : Dapur, peti sejuk, microwave, pemanas air, mesin basuh, internet

Jarak dari stesen kereta api : 3minit berjalan kaki

Harga : RM480 untuk 4 malam.

Kos/Orang : (480/2orang)/4malam = RM60 untuk sehari.

Saranan TripJepun.com

Berdasarkan kes studi di atas, kami amat menyarankan pelanggan kami untuk tinggal di homestay berbanding hotel atau hostel. Selain faktor harga, kemudahan dan privasi, anda juga dapat merasai pengalaman tinggal di rumah orang Jepun.

Jangan risau untuk menempah homestay. Kami akan bantu anda untuk menempah homestay yang sesuai dengan cita rasa serta bajet anda. Dan servis ini kami berikan secara PERCUMA !

Jom Ke Jepun

PAKEJ TRIPJEPUN.COM