internet japan

TIPS INTERNET

Posted By : Firdaus Khalid/ 3876 0

TIPS INTERNET  KETIKA DI JEPUN

 

Salah satu perkara yang sering dirisaukan pelancong yang bakal ke Jepun adalah berkenaan komunikasi dan kemudahan internet. Selain perlu adanya internet bagi tujuan perhubungan, internet juga diperlukan untuk mencari apa-apa infomasi yang diperlukan seperti  lokasi tempat menarik, lokasi makanan halal, tempat solat serta berkaitan tentang bas dan kereta api.

Oleh itu, artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa cara untuk anda mendapatkan perkhidmatan internet ketika berada di Jepun dan pada masa yang sama memberi panduan untuk anda memilih pelan yang sesuai dengan anda bagi memastikan anda dapat berjimat ketika melancong ke Jepun.

Simcard

smartphone japan

Bagi yang memilih untuk menggunakan telefon pintar atau tablet sendiri untuk melayari internet ketika di Jepun, anda boleh mendapatkan kad sim yang membolehkan anda  melayari internet menggunakan talian telefon Jepun. Terdapat banyak plan yang disediakan untuk pelancong yang mana kebanyakkan hanya menyediakan plan data sahaja. Plan bergantung kepada kelajuan internet, talian yang digunakan dan kouta yang disediakan. Kebiasaannya plan ini sah untuk tempoh masa tertentu. Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 pilihan kad sim yang boleh anda pilih iaitu;

Pilihan 1:

Membeli kad sim yang dijual di Malaysia. Antara kad sim yang sering digunakan oleh pelancong ke Jepun adalah kid sim daripada Hello1010. Terdapat beberapa pilihan pelan yang ditawarkan oleh Hello1010. Oleh itu pilihlah yang bersesuaian dengan tempoh lawatan dan cara penggunaan anda di Jepun.

Pilihan 2:

Membeli kad sim di Jepun. Kad sim ini boleh didapati di kedai Bic Camera atau Yodobashi Camera. Bagi yang melancong bagi tempoh yang lama, terdapat juga plan yang sesuai seperti u-mobile.

Penggunaan kad sim lebih sesuai untuk penggunaan seorang atau berdua(hotspot) kerana kos yang lebih rendah berbanding menyewa poket wifi. Tetapi pengguna harus  berhati-hati dengan kouta yang dibekalkan supaya tidak kehabisan kouta ketika masih lagi melancong di Jepun.

Kami juga lebih menyarankan pelancong untuk membeli kad sim yang di jual di Malaysia. Hal ini kerana selain daripada harga yang lebih murah, ini juga memudahkan anda  ketika tiba di lapangan terbang Jepun. Anda dapat terus kekal berhubung berbanding terpaksa menunggu waktu yang lapang untuk membeli kad sim di kedai yang menjualnya.

Pocket Wifi

poket wifi japan

Jika anda memilih untuk menyewa poket wifi, terdapat 2 pilihan poket wifi untuk anda sewa.

Pilihan 1:

Menyewa  poket wifi daripada syarikat pembekal di Malaysia. Antara yang terkenal adalah Samurai Wifi, Travel Recommend dan juga HIS. Kadar sewaan juga serendah RM15/hari. Terdapat syarikat yang mengenakan deposit dan ada juga yang sifar deposit.  Pilihlah yang sesuai dengan keperluan anda.

Pilihan 2:

Menyewa poket wifi daripada syarikat pembekal di Jepun. Terdapat banyak syarikat-syarikat yang menyediakan servis menyewa poket wifi di lapangan terbang.Anda boleh memilih plan yang anda rasakan sesuai dan harga sewaan dalam lingkungan 1000yen (RM35) sehari.

Seperti juga kad sim, kami juga menyarankan anda terus menyewa poket wifi di Malaysia. Selain harga yang lebih murah berbanding menyewa ketika sampai di Jepun, ini turut memudahkan anda setibanya di lapangan terbang. Anda dapat terus berhubung ketika sampai hingga saat-saat terakhir berada di Jepun. Malah memudahkan anda kerana tidak perlu lagi berurusan di kaunter ketika sampai di Jepun.

Bagi yang melancong secara berkumpulan, kami lebih sarankan anda untuk menggunakan poket wifi. Selain daripada kouta yang besar (ada sesetengah syarikat menawarkan pakej unlimited data), internet juga dapat digunakan oleh ramai pengguna pada masa yang sama. Malah kos untuk menyewa semakin murah kerana kos sewaan dikongsi bersama.

Suka kami ingatkan untuk anda membawa power bank bagi kegunaan mengecas poket wifi ketika keluar berjalan. Walaupun kouta tidak menjadi satu masalah bagi poket wifi, ada kemungkinan bateri poket wifi habis ketika keluar berjalan. Yang paling penting, pastikan anda tidak lupa untuk mengecas poket wifi setibanya di tempat penginapan.

Rental Phone

rental phone japan

Mungkin di Malaysia kita tidak atau jarang mendengar mengenai servis menyewa telefon bimbit. Tetapi di Jepun, terdapat servis yang menyediakan perkhidmatan sebegini. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa perlunya menyewa telefon bimbit sedangkan zaman ini hampir setiap orang memiliki telefon bimbit sendiri.

Sebenarnya selain daripada pelancong, servis ini turut disasarkan kepada ahli perniagaan luar, pekerja-pekerja luar sementara yang memerlukan mereka menggunakan talian telefon semasa berada di Jepun.

Bagi pelancong, servis ini biasanya digunakan semasa waktu-waktu kecemasan terutamanya jika berlaku kehilangan telefon bimbit sendiri dan juga ketika pelancong memerlukan talian Jepun untuk dihubungi pihak tertentu.

Terdapat  banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini seperti syarikat gergasi Softbank. Malah tidak sukar mendapatkan servis rental phone kerana banyak kaunter-kaunter di lapangan terbang Jepun menyediakan servis ini.

Kami tidak menyarankan pelancong untuk menggunakan servis rental phone ini kerana harga sewaan yang agak mahal kecuali bila tiba waktu kecemasan seperti di atas.

Internet café

manga kissa japan

Selain daripada cara mendapatkan plan internet di atas, terdapat juga pilihan lain iaitu menggunakan Internet Café. Di Jepun, Internet Café juga dikenali sebagai Netto Kafe(ネットカフェ) atau Manga Kissa(漫画喫茶)(Kissa bermaksud Café).

Internet Café di Jepun menyediakan banyak kemudahan seperti  plug mengecas, printer, small café,shower dan lain-lain .

Biasanya internet café ini juga digunakan bagi mereka yang terlepas kereta api atau bas terakhir untuk berehat sementara menanti keesokan hari kerana sewanya lebih murah berbanding hotel.Malah terdapat juga golongan pelancong menjadikan internet café ini sebagai tempat penginapan.

Kebiasaanya harga sewaan pula terbahagi kepada 3 jenis iaitu Flat Rate, Package Rate dan Free Time. Bagi flat rate, sewaan biasanya bermula pada harga 400yen untuk 1 jam. Ada sesetengah internet café memerlukan anda mendaftar sebagai ahli sebelum dibenar menggunakan servis di internet café.

Free Wifi

Di seluruh Jepun, terdapat WiiFI percuma dan berbayar. Untuk artikel kali ini kami hanya menekankan mengenai WiFi yang percuma sahaja.

Bagi WiFi percuma, kebiasaannya servis ini boleh didapati di stesen kereta api JR, stesen bullet train(shinkansen), stesen kereta api bawah tanah dan stesen-stesen kereta api utama. Selain itu, lapangan terbang, tourist information center dan juga coffee shop seperti Starbucks juga menyediakan servis WiFi ini.

Walaupun percuma, harus diingat bahawa terdapat WiFi yang senang digunakan dan juga yang memerlukan anda mendaftar terlebih dahulu. Di sini kami kongsikan aplikasi percuma yang boleh membantu anda menggunakan WiFi percuma dengan lebih mudah.

Japan Connected-free WiFi =Aplikasi telefon pintar yang membantu proses pendaftaran di hampir 150,000 hotspot internet percuma. Aplikasi ini membantu pengguna untuk tidak perlu berulang kali mendaftar setiap kali bertukar hotspot.  Pendaftaran memerlukan pengguna mengisi sedikit data peribadi.

Hotel / Hostel / Ryokan / Guesthouse / Backpackers Lodge

Majoriti  hotel atau hostel menyediakan akses internet percuma kepada pelanggan-pelanggan mereka. Walaupun begitu, terdapat juga tempat penginapan yang mengenakan sedikit bayaran bagi perkhidmatan internet.

Bagi ryokan mungkin perkhidmatan internet hanya terdapat pada lobi berbanding hotel yang mana internet dapat diakses dari dalam bilik hotel. Malah terdapat sesetengah hotel turut menyediakan computer berserta akses internet di dalam bilik hotel.

Kami menyarankan anda memeriksa terlebih dahulu tempat penginapan yang ingin ditempah sama ada pihak penginapan menyediakan akses internet atau tidak.

Airbnb

airbnb japan

Bagi yang memilih untuk menginap di AirBnB, kami menyarankan anda untuk memilih penginapan yang menyediakan poket wifi secara percuma. Dengan ini, anda telah dapat menjimatkan kos untuk membeli kad sim atau menyewa poket wifi. Sebaiknya dapatkan pengesahan host sama ada host membenarkan poket wifi dibawa keluar dari tempat penginapan atau tidak.

Kami menyarankan anda melakukan persiapan sebelum ke jepun. Sama ada menyewa poket wifi atau membeli sim kad, pastikan anda dapat dihubungi atau menghubungi apabilla berlaku kecemasan. Lain-lain kaedah adalah sebagai backup plan jika berlaku perkara di luar jangkaan. Bagi yang ikut pakej di trip jepun, jgn risau. Kami sedia membantu mencari dan menempah airbnb yg menyediakan poket wifi percuma.lebih jimat!

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM