rusa nara bercium

25

Feb
2018

NARA PARK

Posted By : Firdaus Khalid/ 555 0

NARA PARK

rusa nara di jalan

Nara Park atau biasanya dipanggil Nara Kōen (奈良公園) merupakan sebuah taman yang besar di tengah Nara. Ditubuhkan pada tahun 1880, Nara Park adalah lokasi di mana terdapat banyak tarikan utama Nara seperti Todaiji Temple, Kasuga Taisha, Kofukuji Temple dan juga Nara National Museum yang berusia lebih 100 tahun.

rusa nara park

Tarikan utama di Nara Park ialah taman ini adalah rumah kepada beratus-ratus ekor rusa yang dibiarkan berkeliaran secara bebas. Di dalam kepercayaan Shinto, rusa dianggap sebagai utusan para dewa. Oleh itu hampir 1200 ekor rusa Nara ini menjadi simbol kota Nara dan juga dianggap harta semula jadi yang bernilai.

budak dan rusa nara

Walaupun rusa biasanya dianggap liar, tetapi pengunjung tidak perlu risau kerana rusa ni Nara Park adalah jinak. Akan tetapi rusa-rusa ini akan menjadi sedikit agresif jika ia menyangka anda akan memberi mereka makan. Perbuatan menipu rusa harus anda elakkan bagi mengelakkan rusa menyerang anda. Untuk memberi makan rusa, terdapat kedai yang menjual biskut rusa di sekitar taman. Paling menarik, sesetengah rusa pandai menunduk hormat kepada pengunjung untuk meminta diberikan makanan.

rusa nara bercium

Perbuatan memberi makanan lain selain biskut rusa yang dijual adalah dilarang kerana makanan selain biskut rusa mungkin menyebabkan rusa mengalami sakit perut atau keracunan makanan. Anda juga dilarang memukul atau menakut-nakutkan rusa di sini. Oleh kerana rusa di sini amat jinak, anda mungkin boleh mencuba bergambar sambil memeluk rusa dengan syarat biskut rusa tersedia di tangan anda.

AKSES

Untuk sampai ke Nara Park, anda boleh turun di Stesen Kintetsu Nara kemudian berjalan kaki lebih kurang 5 minit sebelum tiba di taman. Anda boleh juga turun di Stesen JR Nara walaupun jaraknya agak jauh dan tempoh berjalan kaki ke taman adalah lebih kurang 20 minit.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

Leave your comment

Please enter comment.
Please enter your name.
Please enter your email address.
Please enter a valid email address.

eighteen + nineteen =