tokyo mosque

24

Jan
2018

LOKASI MASJID DI TOKYO

Posted By : Firdaus Khalid/ 1196 0

LOKASI MASJID DI JEPUN

 

Sebagai seorang muslim, antara perkara yang sering dirisaukan apabila melancong atau mengembara ke negara yang majoriti penduduknya bukan Islam adalah berkenaan solat.

Tidak seperti di Malaysia yang mana terdapat banyak surau atau masjid di mana-mana, agak sukar untuk menjumpai surau atau masjid di Jepun terutamanya jika melancong ke kawasan luar Bandar.

Anda jangan risau, kami aku kongsikan kepada anda lokasi masjid serta surau yang terdapat di Jepun. Untuk tips kali ini, kami akan fokuskan kepada masjid dan surau yang terdapat di Tokyo.

Untuk pengetahuan anda juga, Lapangan Terbang seperti Haneda, Narita dan Kansai menyediakan tempat solat yang selesa. Jangan malu untuk bertanya kepada Customer Service berkenaan tempat solat ini ya.

Di penghujung artikel ini kami lampirkan alamat masjid-masjid yang terdapat di seluruh Jepun.

 

MASJID DI SEKITAR TOKYO

 

1) Al-Tawheed Mosque / Hachioji Mosque / Masjid Hachioji

 

 

Dibina pada tahun 2002, masjid yang selesa ini bukan sahaja menyediakan tempat solat, malah turut menganjurkan pelbagai aktiviti seperti kelas-kelas agama dan hari terbuka.

Akses: 30 minit berjalan kaki dari Stesen Hachioiji atau 0 minit dari Hentian Bas Hiraokacho

Alamat:

36-6 Hiraoka Machi, Hachioji-shi,
Postal Code : 192-0061

KLIK UNTUK LOKASI PADA GOOGLE MAP

https://goo.gl/maps/UMNSfEGiTat

 

2) Arabic Islamic Institute / Hiroo Mosque / Masjid Hiroo

 

 

Arabic Islamic Institute telah ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menggalakkan kerjasama dan kefahaman budaya antara negara Arab dan rakyat Jepun.

Ia adalah gabungan institute yang menyediakan tempat solat, perpustakaan, muzium mini dan pelbagai aktiviti lain.

Akses: 10 minit berjalan kaki dari Stesen Hiroo

Alamat:

3-4-18 Moto Azabu, Minato-ku,
Postal Code : 106-0046

https://goo.gl/maps/BrXKNho2tkp

 

3) Ikebukuro Mushalla / Surau Ikebukuro

 

 

Akses: 2 minit berjalan kaki dari Stesen Ikebukuro

Alamat:

1-2-3-401 NishiIkebukuro, Toshima-ku
Postal Code : 171-0021

https://goo.gl/maps/QFr3ZgGJ4gQ2

 

4) Indonesia Musalla / Surau Indonesia

 

Akses: 7 minit berjalan kaki dari Stesen Meguro

Alamat:

3-6-6 Meguro, Meguro-ku

https://goo.gl/maps/2SdQrEu45dB2

 

5) Kamata Masjid / Kamata Mosque

 

 

Akses: 3 minit berjalan kaki dari Stesen Kamata

Alamat:

5-1-2 Kamata, Ota-ku,
Postal Code : 144-0052

https://goo.gl/maps/cmFGTh8ixkP2

 

6) Masjid As-Salaam / Okachimachi Mosque

 

 

Akses: 7 minit berjalan kaki dari Stesen Okachimachi

Alamat:

1F As-Salaam Bldg., 4-6-7 Taito, Taito-ku,
Postal Code : 110-0016

https://goo.gl/maps/hD2gukVQj2x

 

7) Otsuka Mosque / Masjid Otsuka

 

 

Masjid Otsuka siap dibina pada tahun 2000. Selain tempat beribadat, masjid ini juga menyediakan kelas pengajian Islam.

Akses: 3 minit berjalan kaki dari Stesen Otsuka

Alamat:
3-42-7 Minami Otsuka, Toshima-ku,
Postal Code : 170-0005

https://goo.gl/maps/7zYFuTVbBAm

 

8) Darul Arqam Mosque / Asakusa Mosque / Masjid Asakusa

 

 

Terletak di tengah Tokyo, masjid ini ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai memenuhi pertambahan orang Islam di Jepun.

Akses : 20 minit berjalan kaki dari Stesen Asakusa

Alamat:

1-9-12 Hihashi Asakusa, Taito-ku,
Postal Code : 111-0025

https://goo.gl/maps/iVJCC4a9uqk

 

9) Makki Mosque / Ohanajaya Mosque / Masjid Makki / Masjid Ohanajaya

 

 

Akses: 7 minit berjalan kaki dari Stesen Ohanajaya

Alamat:

5-22-14 Yotsugi, Katsushika-ku,
Postal Code : 124-0011

https://goo.gl/maps/ZVqz9R8Pntq

 

10) Machida Musalla/ Surau Machida

 

 

Surau ini letaknya sedikit jauh dari Stesen Machida. Berjalan kaki mungkin mengambil masa 10-15 minit.

Akses: 10-15 minit dari Stesen Machida

Alamat:

194-0013, Machida –shi, Hara Machida, 4-22-16-202

https://goo.gl/maps/CF99exNarg72

 

11) Shibuya Mushalla / Surau Shibuya

 

 

Surau ini merupakan sebuah rumah yang disewa dan diubahsuai menjadi sebuah surau kecil di tengah Bandar Shibuya.

Untuk sampai ke surau ini, anda perlu menaiki lif ke tingkat 11 dan cari bilik bernombor 07. Jangan risau tersalah bilik kerana anda lambang surau di pintu hadapan bilik dan insyaAllah pintunya tidak dikunci.

Jika anda datang pada waktu malam, minta kebenaran daripada penjaga pintu dengan mengatakan anda hendak ke Musalla atau prayer room. Ini kerana pintu utama hanya boleh digunakan oleh penduduk yang memiliki kad akses.

Disebabkan surau ini tiada pembahagi antara lelaki dan perempuan(shared room), kami cadangkan jika wanita biarlah berteman.

Akses: 5 minit berjalan kaki dari Stesen Shibuya

Alamat:

150-0043 Tokyo-to, Shibuya-ku, Dogenzaka, 2 Chome 11-1

https://goo.gl/maps/NdNymMvn5zR2

 

12) Shin Okubo Mushalla/ Surau Shin Okubo

 

 

Terletak sangat hampir dengan Stesen Shin Okubo, surau ini letaknya di tingkat 4. Untuk yang pertama kali ke sini mungkin sedikit keliru deretan kedai yang padat serta tanda surau yang sukar dilihat.

Untuk lebih mudah, tanya pekedai Green Nasco atau di kedai kebab berhampiran. Jangan lupa untuk menikmati juadah kebab di sini. Untuk yang mencari daging,ayam serta produk halal lain, boleh dapatkan di kedai berhampiran surau ini.

Akses: 1 minit berjalan kaki dari Stesen Shin Okubo

Alamat:

(TINGKAT 4) 169-0073, 2-10 Hyakunincho, Shinjukuku-ku, Tokyo

https://goo.gl/maps/dLvU4E3M7YL2

 

13) Tokyo Jamii /Tokyo Mosque/ Masjid Tokyo

 

 

Lebih dikenali sebagai Masjid Tokyo, masjid ini adalah antara masjid yang terawal dan terbesar di Jepun.

Masjid ini di asaskan oleh imigran Russia pada tahun 1938 yang berhijrah ketika Revolusi Oktober. Masjid ini kemudiannya diubahsuai pada tahun 1998 yang mana reka bentuknya sekarang mirip-mirip kepada Masjid Biru di Turki.

Masjid ini bukan sahaja menjadi tempat untuk beribadat malah turut menjadi Turkish Cultre Centre yang mana menarik ramai pelancong dari dalam dan luar Jepun.

Keindahan seni bina ottoman dan keunikan menaranya menjadikannya antara masjid tercantik di Jepun.

Terletak di Yoyogi-uehara tidak jauh dari Shinjuku dan Harajuku, masjid ini antara masjid yang wajib dilawati jika anda berkunjung ke Tokyo. Jika anda datang ketika bulan Ramadan, masjid ini bukan sahaja menyediakan juadah iftar malah anda juga berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan muslim dari pelbagai negara.

Akses: 3 minit berjalan kaki dari Stesen Yoyogi-Uehara

Alamat:

151-0065 , 1-19 Oyama-cho, Shibuya-ku, Tokyo

https://goo.gl/maps/NvtqZkCLoi62

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

Leave your comment

Please enter comment.
Please enter your name.
Please enter your email address.
Please enter a valid email address.

five + eighteen =