kobe tower

24

Feb
2018

KOBE PORT TOWER

Posted By : Firdaus Khalid/ 483 0

KOBE PORT TOWER

kobe tower view

Terkenal sebagai simbol Bandar Kobe, Kobe Port Tower adalah menara mercu tanda dengan ketinggian 108 meter yang terletak di Meriken Park. Dibina dengan 8 lapisan yang memberi bentuk ‘Tsuzumi’ iaitu sebuah gendang Jepun, Kobe Port Tower merupakan bangunan pertama di dunia yang dibina menggunakan struktur paip.

Menara ini dikelilingi oleh 32 batang keluli merah sebagai lambang kapal selamat kembali ke pelabuhan. Kobe Port Tower diberi jolokan nama ‘Beauty Tower Steel’ dek kerana struktur dan bentuknya yang unik dan pernah diberikan anugerah oleh Institut Seni Bina Jepun pada tahun 1963 kerana keunikkan seni binanya.

kobe tower

Di dek pemerhatian Kobe Port Tower, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah yang luar biasa. Dari sini, pengunjung dapat melihat puncak Gunung Rokko, pemandangan Bandar Kobe, Pelabuhan Kobe, Pulau Awaji, Teluk Osaka serta wilayah Senshu dari jauh.

Selain itu, antara ciri khas lain yang membuatkan kunjungan ke Kobe Port Tower berharga adalah kerana terdapat bahagian lantai yang diperbuat daripada kaca khas yang telus, memberikan pandangan dari atas setinggi 75 meter. Malah terdapat siling yang dibina menggunakan fiber optik untuk memberikan kesan langit berbintang yang berkilauan.

kobe port tower

Pada waktu malam, 7000 lampu LED dinyalakan untuk memberi peluang pengunjung menikmati pemandangan indah malam Bandar Kobe selain iluminasi cahaya di Kobe Mosaic serta Meriken Park.

Di samping kedai cenderahati dan kawasan hiburan, dek pemerhatian juga merupakan tempat di mana terdapat sebuah kafe yang berputar 360 darjah dalam tempoh lebih kurang 20 minit, memberikan peluang kepada pengunjung menikmati minuman panas sambil melihat panorama Bandar Kobe.

Untuk masuk ke Kobe Port Tower, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 700 yen seorang.

AKSES

Untuk sampai ke Kobe Port Tower, anda boleh turun di Stesen Minatomotomachi kemudian berjalan kaki lebih kurang 5 minit untuk sampai ke Kobe Port Tower.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

Leave your comment

Please enter comment.
Please enter your name.
Please enter your email address.
Please enter a valid email address.

seventeen + twenty =