kitano ijinka gai

24

Feb
2018

KITANO IJINKAN-GAI

Posted By : Firdaus Khalid/ 493 0

KITANO IJINKAN-GAI

kitanocho

Kitano Ijinkan-Gai (Town of Western style residences) merupakan bekas tempat tinggal diplomat dan peniaga asing barat yang terletak di Bandar Kitano. Bandar Kitano ini terletak di kawasan kaki Gunung Rokko di mana pada separuh abad ke-19 terdapat banyak peniaga serta diplomat yang tinggal di sini selepas Pelabuhan Kobe dibuka kepada pedagang asing. Lebih daripada sedozen rumah agam yang lebih dikenali sebagai Ijinkan kekal di kawasan ini dan sesetangahnya dibuka kepada umum sebagai muzium.

kitano ijinka gai

Kebanyakkan rumah agam mengenakan bayaran masuk di antara 550 hingga 750 yen manakala terdapat juga tiket kombinasi yang membolehkan pengunjung masuk dan melawat ke beberapa rumah dengan bayaran tiket yang lebih murah. Suasana Kitano Ijinkan-Gai yang menarik menyebabkan kawasan ini dipenuhi dengan pengunjung yang ingin berjalan dan bersantai di samping deretan kedai seperti kafe, restoren dan butik yang menjadikan kawasan ini popular di kalangan pasangan Jepun.

kitano inside

Antara rumah-rumah agam yang terkenal adalah England House, Yokan Nagaya (France House), Dutch Museum and Fragrance House serta Former Chinese Consulate. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, mungkin anda boleh masuk dan melawat rumah-rumah agam ini. Tetapi jika tidak, kawasan sekitar Kitano Ijinkan-Gai serta pemandangan luar rumah-rumah agam ini sudah cukup untuk dijadikan memori indah kedatangan anda ke Kobe.

AKSES

Untuk sampai ke Kitano Ijinkan-Gai, anda boleh turun sama ada di Stesen Sannomiya atau Stesen Shin-Kobe kemudian berjalan kaki lebih kurang 10-15 minit sebelum sampai ke Kitano Ijinkan-Gai.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

Leave your comment

Please enter comment.
Please enter your name.
Please enter your email address.
Please enter a valid email address.

3 × two =