higashiyama district

23

Feb
2018

HIGASHIYAMA DISTRICT

Posted By : Firdaus Khalid/ 607 0

HIGASHIYAMA DISTRICT

Higashiyama District merupakan antara salah satu daerah tradisional bersejarah yang terbaik di Kyoto. Terletak di sepanjang lereng bukit di Timur gunung Kyoto, Higashiyama District adalah tempat terbaik bagi merasai pengalaman kota Kyoto lama terutamanya di antara Kiyomizudera Temple dan Yasaka Shrine di mana terdapat jalan sempit yang memisahkan bangunan kayu dan kedai-kedai tradisional lama. Akhir-akhir ini berjalan beberapa pengubahsuian di daerah ini seperti mengalihkan tiang-tiang telefon serta menurap semula jalan untuk memberikan lebih lagi suasana tradisional daerah itu.

higashiyama

Jalan-jalan di Higashiyama District dibarisi dengan kedai-kedai kecil, kafe dan restoren yang mana telah setia melayan pelanggan selama berabad-abad. Kedai-kedai ini masih lagi mengekalkan reka bentuk tradisional sejak dari dahulu. Antara barangan yang dijual di sini adalah cenderahati, kraf, gula-gula serta Kiyomizu-yaki iaitu tembikar yang dihasilkan oleh orang tempatan.

Kedai-kedai serta restoren di Higashiyama District biasanya dibuka sekitar pukul 9 atau 10 pagi dan ditutup agak awal sekitar pukul 5 atau 6 petang. Akan tetapi, 10 hari ketika Hanatoro pada bulan Mac kedai-kedai ini ditutup agak lewat berbanding biasa di mana jalan-jalan di Higashiyama akan digantung dengan ribuan tanglung bercahaya di kawasan kuil. Malah pada waktu itu biasanya terdapat iluminasi khas yang membuatkan Higashiyama District bercahaya dengan lampu berwarna-warni.

Walaupun jarak antara Kiyomizudera Temple dengan Yasaka Shrine hanya lebih kurang 2 kilometer dan dengan berjalan kaki secara santai pengunjung dapat melalui jalan ini dalam tempoh lebih kurang setengah jam, kebanyakkan pengunjung akhirnya menghabiskan hampir separuh hari di kawasan ini kerana di terdapat banyak kuil, kedai dan kafe di sepanjang jalan yang boleh dilawati.

AKSES

Untuk sampai ke Higashiyama District dari Stesen Kyoto, ambil bas bernombor 100 atau 206 yang menuju ke Kiyomizudera. Kemudian turun di mana-mana stesen antara Gojozaka dengan Gion. Perjalanan dengan bas ini kebiasannya mengambil masa 10 hingga 15 minit dari Stesen Kyoto.

Selain itu, anda juga boleh turun di Stesen Kiyomizu-Gojo atau Stesen Gion-Shijo di laluan Keihan Line, Stesen Kawaramachi di laluan Hankyu Line atau Stesen Higashiyama di laluan Tozai Subway Line. Kemudian berjalan kaki lebih kuran 10 hingga 15 minit ke arah Higashiyama District.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

Leave your comment

Please enter comment.
Please enter your name.
Please enter your email address.
Please enter a valid email address.

15 − three =