Category: Kyoto

higashiyama district

HIGASHIYAMA DISTRICT

Posted By : Firdaus Khalid/ 537 0

HIGASHIYAMA DISTRICT

Higashiyama District merupakan antara salah satu daerah tradisional bersejarah yang terbaik di Kyoto. Terletak di sepanjang lereng bukit di Timur gunung Kyoto, Higashiyama District adalah tempat terbaik bagi merasai pengalaman kota Kyoto lama terutamanya di antara Kiyomizudera Temple dan Yasaka Shrine di mana terdapat jalan sempit yang memisahkan bangunan kayu dan kedai-kedai tradisional lama. Akhir-akhir ini berjalan beberapa pengubahsuian di daerah ini seperti mengalihkan tiang-tiang telefon serta menurap semula jalan untuk memberikan lebih lagi suasana tradisional daerah itu.

higashiyama

Jalan-jalan di Higashiyama District dibarisi dengan kedai-kedai kecil, kafe dan restoren yang mana telah setia melayan pelanggan selama berabad-abad. Kedai-kedai ini masih lagi mengekalkan reka bentuk tradisional sejak dari dahulu. Antara barangan yang dijual di sini adalah cenderahati, kraf, gula-gula serta Kiyomizu-yaki iaitu tembikar yang dihasilkan oleh orang tempatan.

Kedai-kedai serta restoren di Higashiyama District biasanya dibuka sekitar pukul 9 atau 10 pagi dan ditutup agak awal sekitar pukul 5 atau 6 petang. Akan tetapi, 10 hari ketika Hanatoro pada bulan Mac kedai-kedai ini ditutup agak lewat berbanding biasa di mana jalan-jalan di Higashiyama akan digantung dengan ribuan tanglung bercahaya di kawasan kuil. Malah pada waktu itu biasanya terdapat iluminasi khas yang membuatkan Higashiyama District bercahaya dengan lampu berwarna-warni.

Walaupun jarak antara Kiyomizudera Temple dengan Yasaka Shrine hanya lebih kurang 2 kilometer dan dengan berjalan kaki secara santai pengunjung dapat melalui jalan ini dalam tempoh lebih kurang setengah jam, kebanyakkan pengunjung akhirnya menghabiskan hampir separuh hari di kawasan ini kerana di terdapat banyak kuil, kedai dan kafe di sepanjang jalan yang boleh dilawati.

AKSES

Untuk sampai ke Higashiyama District dari Stesen Kyoto, ambil bas bernombor 100 atau 206 yang menuju ke Kiyomizudera. Kemudian turun di mana-mana stesen antara Gojozaka dengan Gion. Perjalanan dengan bas ini kebiasannya mengambil masa 10 hingga 15 minit dari Stesen Kyoto.

Selain itu, anda juga boleh turun di Stesen Kiyomizu-Gojo atau Stesen Gion-Shijo di laluan Keihan Line, Stesen Kawaramachi di laluan Hankyu Line atau Stesen Higashiyama di laluan Tozai Subway Line. Kemudian berjalan kaki lebih kuran 10 hingga 15 minit ke arah Higashiyama District.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

kyoto tower night

KYOTO TOWER

Posted By : Firdaus Khalid/ 483 0

KYOTO TOWER

kyoto tower

Kyoto Tower (京都タワー) merupakan bangunan tertinggi di Kyoto dengan ketinggian 131 meter. Menara ini terlelak berhampiran dengan Stesen Kyoto dan dan merupakan mercu tanda moden yang ikonik di bandar yang cukup terkenal dengan pelbagai kuil purba. Kyoto Tower siap dibina pada tahun 1964, tahun yang sama dengan pembukaan sukan Olimpik Tokyo dan juga shinkansen (bullet train).

Dek pemerhatian Kyoto Tower terletak pada ketinggian 100 meter dan menawarkan pemandangan indah 360 darjah bandar Kyoto. Jika cuaca cerah dan anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat sejauh hingga ke bandar Osaka. Salah satu keunikkan Kyoto Tower adalah menara ini berdiri di atas bangunan komersil di mana terdapat kedai cenderamata, restoren dan juga hotel. Malah di bahagian ruangan bawah tanah terdapat rumah mandi awam bagi mereka yang ingin merasai pengalaman mandi di rumah mandi awam Jepun.

kyoto tower public bath

Bayaran masuk ke dek pemerhatian Kyoto Tower adalah sebanyak 770 yen. Manakala bagi yang ingin merasai pengalaman mandi di rumah mandi awam, bayaran masuk adalah sebanyak 750 yen.

AKSES

Untuk sampai ke Kyoto Tower, anda boleh turun di Stesen Kyoto. Menara ini terletak di bahagian utara Stesen Kyoto.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

Senbon torii fushimi inari

FUSHIMI INARI SHRINE

Posted By : Firdaus Khalid/ 673 0

FUSHIMI INARI SHRINE

fushimi inari senbon torii

Fushimi Inari Shrine (伏見稲荷大社, Fushimi Inari Taisha) adalah kuil Shinto yang penting di selatan Kyoto. Fushimi Inari terkenal dengan ribuan barisan pintu gerbang torii berwarna merah pekat (torii adalah sejenis pintu gerbang tradisional Jepun yang biasa dijumpai di pintu masuk kuil Shinto). Ribuan pintu gerbang ini disusun membentuk laluan sepanjang 233 meter yang membawa ke arah hutan Gunung Inari yang dianggap suci.

Fushimi inari adalah antara kuil yang terpenting di antara ribuan kuil yang didedikasikan untuk Inari, dewa beras Shinto. Rubah pula dianggap sebagai utusan Inari yang mana menyebabkan kewujudan banyak patung rubah di kawasan kuil. Fushimi Inari mempunyai asal usul yang panjang, membawa kepada perpindahan ibu negara ke Kyoto pada tahun 794.

romon gate

Walaupun sebab utama kebanyakan pelawat asing datang ke Kuil Fushimi Inari adalah untuk menjelajah laluan gunung yang menarik, terdapat juga tarikan utama di bangunan kuil. Di pintu masuk kuil terdapat pintu gerbang besar yang diberi nama Romon Gate. Romon Gate ini telah disumbangkan oleh pemerintah terkenal,Toyotomi Hideyoshi pada tahun 1589.

fushimi inari torii

Di bahagian belakang kawasan utama Fushimi Inari adalah pintu masuk ke laluan mendaki yang dipayungi oleh pintu gerbang torii. Terdapat 2 deretan pintu gerbang torii yang disusun selari yang dipanggil ‘Senbon Torii’ (Seribu Pintu Torii). Pintu torii di sepanjang laluan mendaki adalah sumbangan oleh individu atau syarikat yang mana  nama penderma serta tarikh dermaan ditulis di bahagian belakang setiap pintu torii. Kos untuk setiap pintu bermula pada harga 400,000 yen (RM14,800+-) untuk pintu torii yang bersaiz kecil dan meningkat kepada 1 juta yen (RM37,000+-) untuk pintu torii yang bersaiz lebih besar.

Senbon torii fushimi inari

Untuk mendaki hingga sampai ke puncak gunung mengambil masa lebih kurang 2 hingga ke 3 jam. Pengunjung bebas memilih untuk mendaki sejauh yang mereka mahu sebelum berpatah balik. Di sepanjang laluan pendakian terdapat banyak kuil-kuil kecil dengan susunan pintu torii yang disumbangkan oleh pengunjung yang mempunyai bajet sumbangan lebih kecil. Terdapat beberapa restoren di sepanjang laluan yang menyajikan hidangan tempatan seperti Sushi Inari, Kitsune Udon yang mana turut disertakan dengan aburaage (tofu goreng) yang dikatakan makanan kegemaran rubah.

Selepas lebih kurang 30 hingga 40 minit pendakian, pengunjung akan mendapati kepadatan pintu torii semakin berkurangan dan pengunjung akan tiba di persimpangan Yotsutsuji, iaitu separuh jarak ke puncak gunung. Di persimpangan Yotsutsuji ini, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah bandar Kyoto. Kebanyakkan pengunjung hanya mendaki hingga ke persimpangan ini kerana laluan seterusnya tidak menawarkan banyak variasi pemandangan dan juga kepadatan pintu torii yang semakin berkurang.

AKSES

Untuk sampai ke Fushimi Inari Shrine, pengunjung boleh turun di Stesen JR Inari yang terletak di laluan JR Nara Line iaitu stesen ke 2 selepas Stesen Kyoto. Jika anda menggunakan Keihan Main Line, anda juga boleh sampai ke Fushimi Inari Shrine dengan turun di Stesen Fushimi Inari. Kedua-dua stesen ini terletak berhampiran Fushimi Inari Shrine.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

KIYOMIZUDERA TEMPLE

Posted By : Firdaus Khalid/ 403 0

KIYOMIZUDERA TEMPLE

 

 

kiyomizudera kyoto

Kiyomizudera Temple (清水寺) atau bermaksud Kuil Air Suci merupakan antara kuil yang paling terkenal di Jepun. Pada tahun 1994, Kiyomizudera Temple telah diisytiharkan sebagai tapak warisan UNESCO. Kiyomizudera Temple tempat yang wajib anda lawati jika anda datang ke Kyoto. Kiyomizudera Temple telah diasaskan pada tahun 780 di kawasan Air Terjun Otawa yang mana memberi asal kepada nama kepada kuil tersebut.

Kiyomizudera Temple terkenal dengan balkoni kayu yang luas yang terletak di depan dewan utama. Balkoni ini terletak 13 meter di atas bukit di bawah yang memberikan pengunjung pemandangan pokok sakura dan maple yang menarik terutamanya ketika musim bunga dan luruh. Ketika 2 musim ini, kawasan sekitar Kiyomizudera Temple akan meriah dengan warna-warni bunga dan dedaunan. Malah dari pentas ini juga pengunjung dapat melihat bandar Kyoto dari jauh. Lebih menarik, balai utama dan juga balkoni besar dibina tanpa menggunakan sebarang paku.

jishu-shrine

Di sebalik dewan utama Kiyomizudera Temple, terdapat Jishu Shrine iaitu sebuah kuil yang didedikasikan untuk dewa cinta dan jodoh. Di hadapan kuil terdapat 2 buah batu yang diletakkan 18 meter antara satu sama lain. Terdapat kepercayaan jika mereka yang sedang mencari jodoh berjaya berjalan dari satu batu ke batu yang lain dengan mata tertutup, orang tersebut akan bernasib baik dalam mencari cinta. Jika tidak yakin untuk sampai dengan mata tertutup, boleh juga menggunakan bantuan orang lain untuk memandu dari satu batu ke batu yang lain tetapi dikatakan bahawa perantara akan diperlukan dalam proses mencari cinta.

watarfall_kiyomizu_dera

Di bahagian bawah dewan utama terdapat Air Terjun Otowa. Air Terjun Otowa ini dipecahkan kepada 3 aliran berasingan. Mereka mempercayai bahawa setiap aliran air memberi manfaat yang berbeza antaranya memanjangkan umur, memberi kejayaan dalam pelajaran dan juga kehidupan cinta yang beruntung. Terdapat cawan bertangkai panjang untung kegunaan mereka yang ingin meminum air tersebut. Akan tetapi, mereka percaya bahawa meminum air dari ketiga-tiga aliran air adalah tamak.

Di sekeliling kawasan pintu masuk Kiyomizudera Temple di luar kawasan berbayar, terdapat pelbagai bangunan kuil lain seperti pagoda tiga tingkat berwarna merah terang, repositori untuk sutra, pintu masuk besar dan juga Dewan Zuigudo yang didedikasikan kepada ibu Buddha yang mana dengan sedikit bayaran masuk anda boleh mengembara ke ruang bawah tanah yang gelap, menggambarkan rahim ibu.

Selain itu, antara tarikan apabila melawat Kiyomizudera Temple adalah Higashiyama District, kawasan di mana terdapat banyak kedai dan restoren yang menjual pelbagai makanan dan cenderahati kepada pengunjung. Dan jika anda datang berkunjung pada musim luruh, terdapat iluminasi cahaya pada separuh kedua bulan November.

AKSES

Untuk sampai ke Kiyomizudera Temple, anda boleh turun di Stesen Kyoto dan mengambil bas bernombor 100 atau 206. Kemudian turun di perhentian bas Gojo-zaka atau Kiyomizu-michi. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan bayaran tiket bas sebanyak 230 yen. Dari perhentian bas, anda perlu berjalan kaki memanjat bukit selama 10 minit untuk sampai ke Kiyomizudera Temple.

Selain itu, tedapat juga alternative dengan turun di Stesen Kiyomizu-Gojo di laluan Keihan Railway Line dan berjalan lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Kiyomizudera Temple.

Bayaran masuk ke Kiyomizudera Temple adalah sebanyak 400 yen seorang.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM