blue pond winter

27

Feb
2018

BLUE POND

Posted By : Firdaus Khalid/ 547 0

BLUE POND

blue pond autumn

Blue Pond (青い池, Aoi-ike) merupakan sebuah kolam buatan manusia yang terletak berhampiran dengan Shirogane Onsen iaitu sebuah pekan air panas di Bie, Hokkaido. Pada tahun 1988 berlaku letupan gunung berapa di Gunung Tokachi menyebabkan kerja-kerja dijalankan di Sungai Bie bagi menghalang kerosakan kepada Bie jika berlaku letupasan gunung berapi selepas ini. Kerja-kerja yang dijalankan menghasilkan Blue Pond yang mana turut menjadi sebahagian daripada sistem kawalan hakisan terhadap bencana gunung berapi.

Warna biru yang terhasil pada air Blue Pond adalah disebabkan oleh kehadiran aluminium hidroksida koloid, sejenis mineral semula jadi yang larut dalam air di Blue Pond. Kewujudan Blue Pond sebagai tempat pelancongan tidak begitu dikomersialkan menyebabkan tidak banyak pembangunan pelancongan dijalankan di kawasan Blue Pond.

blue pond winter

Selain daripada tiada bayaran masuk dan tempat letak kereta percuma, pelancong perlu berjalan kaki lebih kuran 5 hingga 10 minit melalui hutan untuk sampai ke kolam. Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar Blue Pond selain untuk menikmati pemandangan dan bergambar di sekitar Blue Pond. Tetapi jika anda peminat alam semula jadi, Blue Pond merupakan tempat yang wajib anda lawati.

AKSES

Untuk sampai ke Blue Pond, anda boleh turun di Stesen Bie kemudian menaiki bas yang menuju ke Shirogane Onsen. Kemudia anda boleh turun di perhentian Shirogane Aoiike Iriguchi (白金青い池入口). Perjalanan dengan bas dari Stesen Bie mengambil masa lebih kurang 20 minit dan harga tiket adalah 540 yen sehala. Tetapi harus diingat bahawa laluan bas dari Stesen Bie ke Shirogane Onsen hanya mempunyai 5 trip setiap hari.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

Leave your comment

Please enter comment.
Please enter your name.
Please enter your email address.
Please enter a valid email address.

5 × five =