Author: Firdaus Khalid

Administrator
Firdaus Khalid Articles

08

Mar
2018
GST DI JEPUN
Posted by: Firdaus Khalid /9760

Jepun seperti juga Malaysia telah lama mengenakan GST (Goods and Services Tax) kepada rakyatnya. Bagi yang belum mengetahui, kadar GST yang dikenakan oleh kerajaan Jepun kepada rakyatnya adalah sebanyak 8% daripada jumlah harga barang yang dijual. Kadar GST ini bertambah daripada kadar asal sebanyak 5% bermula pada tahun 2014.

02

Mar
2018
5 TEMPAT REHAT JIKA TERLEPAS LAST TRAIN DI JEPUN
Posted by: Firdaus Khalid /6480

Bagi pelancong yang menggunakan pengangkutan awam terutamanya kereta api di Jepun, antara perkara yang paling dirisaukan adalah terlepas 'last train' untuk pulang ke tempat penginapan. Selain disebabkan kesalahan atau kecuaian sendiri yang menyebabkan terlepasnya last train, terdapat juga faktor-faktor lain yang diluar jangkaan seperti cuaca yang buruk (salji tebal, taufan), kemalangan jiwa di atas landasan kereta api (bunuh diri,terjatuh) dan juga kerosakan kereta api.

28

Feb
2018
SAPPORO TV TOWER
Posted by: Firdaus Khalid /4680

Sapporo TV Tower merupakan sebuah menara televisyen yang terletak di dalam kawasan Odori Park di bahagian utara Bandar Sapporo, Hokkaido. Sapporo TV Tower telah dibina pada tahun 1957 dengan ketinggian 147.2 meter dan dek pemerhatian menara ini pula terletak pada ketinggian 90.38 meter. Dibuka untuk orang ramai, melalui dek pemerhatian ini pengunjung dapat melihat Bandar Sapporo dan juga Odori Park.

27

Feb
2018
OTARU CANAL
Posted by: Firdaus Khalid /3700

Otaru Canal (小樽運河, Otaru Unga) pernah menjadi sebahagian daripada pelabuhan yang sibuk di bandar Otaru pada separuh pertama abad ke 20. Pada ketika itu, barang-barang daripada kapal yang besar diangkut ke atas kapal yang lebih kecil dan dihantar ke gudang di sepanjang terusan. Otaru pernah menjadi kawasan tempat tinggal kaum Ainu dan Otaru dikatakan berasal daripada perkataan 'Ainu' iaitu 'sungai yang mengalir melalui pantai berpasir'.

blue pond winter

27

Feb
2018
BLUE POND
Posted by: Firdaus Khalid /4560

Blue Pond (青い池, Aoi-ike) merupakan sebuah kolam buatan manusia yang terletak berhampiran dengan Shirogane Onsen iaitu sebuah pekan air panas di Bie, Hokkaido. Pada tahun 1988 berlaku letupan gunung berapa di Gunung Tokachi menyebabkan kerja-kerja dijalankan di Sungai Bie bagi menghalang kerosakan kepada Bie jika berlaku letupasan gunung berapi selepas ini. Kerja-kerja yang dijalankan menghasilkan Blue Pond yang mana turut menjadi sebahagian daripada sistem kawalan hakisan terhadap bencana gunung berapi.

26

Feb
2018
ISUIEN GARDEN
Posted by: Firdaus Khalid /3820

Isuien Garden adalah sebuah taman Jepun yang terletak di Nara, ibu kota lama bagi Jepun berdekatan Kyoto. Isuien Garden (依水園) bermaksud "taman yang diasaskan dari air" yang mana air kolam di taman ini berasal dari aliran Sungai Yoshikigawa. Taman ini telah dipelihara semenjak ia dibina pada zaman Meiji dan merupakan satu-satunya 'walking garden' di Nara.

25

Feb
2018
rusa nara bercium

25

Feb
2018
NARA PARK
Posted by: Firdaus Khalid /5550

kitano ijinka gai

24

Feb
2018
kobe tower

24

Feb
2018