January 2018

sushi japan

TIPS JIMAT KOS MAKANAN

Posted By : Firdaus Khalid/ 4575 0

JEPUN & KOS SARA HIDUP

Umum mengetahui bahawa Jepun merupakan antara  negara yang mempunyai kos sara hidup yang sangat tinggi. Menurut  laman web NUMBEO, Jepun merupakan negara ke-7 dalam senarai negara yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi.

Tetapi kos taraf hidup ini tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kita melancong dan menikmati pemandangan serta pengalaman unik yang ada di Jepun. Untuk pelancong yang mempunyai bajet yang terhad, terdapat banyak cara untuk mengurangkan perbelanjaan ketika berada di Jepun.

Selain kos pengangkutan dan penginapan, antara kos yang menelan belanja paling banyak di Jepun adalah kos makanan.

Kos Makan

Tahukah anda kos untuk sekali makan di Jepun adalah lebih kurang RM40 hingga RM80 bergantung kepada jenis makanan dan restoren yang anda kunjungi. Jika anda bercadang untuk makan di luar 3 kali sehari, anda telah belanjakan lebih kurang RM120 hingga RM240 untuk sehari! Dan jika trip anda merupakan trip 5 hari 4 malam, anda sudah belanjakan hampir RM1000 hanya untuk makan!

Makan Murah

Cara terbaik untuk menjimatkan kos perbelanjaan makanan ketika di Jepun adalah dengan memasak sendiri makanan.

Bagi tujuan ini, pilihlah penginapan homestay yang mempunyai kelengkapan memasak yang lengkap. Jika anda memilih untuk tinggal di hotel ataupun hostel ketika berada di Jepun, agak sukar untuk anda memasak sendiri makanan kerana tidak disediakan kemudahan untuk memasak.

Untuk lebih mudah, bawalah sedikit beras daripada Malaysia (beras Jepun berkanji dan melekit seperti pulut. Bentuknya bulat gemuk. Harga juga sedikit mahal).

Untuk juadah di Jepun, kami sarankan anda mendapatkan makanan paket jenama Brahim. Terdapat banyak pilihan di samping rasa yang enak dan mudah disediakan. Harga juga lebih murah jika anda mendapatkan sendiri paket Brahim ini di Brahim Store di Bangi.

Klik untuk dapatkan lokasi Brahim Store di Bangi

Tapi jika anda ingin membeli sendiri bahan mentah di Jepun pun tiada masalah. Bagi yang bercadang melancong di sekitar Tokyo, anda boleh singgah di Shin Okubo Station. Di sini terdapat banyak kedai yang menjual bahan mentah halal seperti daging, ayam, rempah ratus dan lain-lain lagi.

JOM KE JEPUN

Pakej TripJepun.com

yen

TIPS TUKARAN WANG

Posted By : Firdaus Khalid/ 3551 1

TUKAR RINGGIT KE YEN DENGAN KADAR YANG RENDAH

 

Di Jepun, matawang yang digunakan adalah dalam bentuk YEN. Oleh itu, disarankan kepada bakal pelancong ke Jepun untuk menukar matawang terlebih dahulu  Ringgit kepada Yen di Malaysia. Sebaiknya biarlah lebih wang yang ditukar kepada Yen di Malaysia berbanding terpaksa menukar ketika berada di Jepun.

Hal ini kerana amat sukar untuk mencari Money Changer yang menerima matawang Ringgit di Jepun. Jika ada, cas yang dikenakan sangat tinggi. Jangan terkejut jika kadar tukaran di Malaysia adalah RM40=1000yen, di Jepun kemungkinan tukaranya adalah RM60=1000yen.  Dalam erti kata lain, jika anda menukar 10,000yen, anda telah kerugian RM200!

Cara Menukar Wang Ringgit Kepada Yen

Terdapat beberapa cara untuk menukar wang Ringgit kepada Yen di Malaysia.

 

1. Money Changer/ Pengurup Wang

Terdapat banyak Money Changer di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan menukar wang daripada Ringgit ke Yen.

Tetapi harus diingat, yang membezakan setiap Money Changer ini adalah kadar tukaran yang ditawarkan.

Carilah Money Changer yang menawarkan WE SELL yang rendah berbanding Money Changer yang lain. Semakin rendah we sell, semakin sedikit wang ringgit yang diperlukan untuk mendapatkan jumlah yen yang sama.

Kaedah menentukan kadar tukaran yang baik.

Sebagai contoh, kadar di XE adalah RM38.26 = 1000yen.

  • Cari Money Changer yang menawarkan kadar yang hampir dengan RM38.26 = 1000yen.

 

Di sini kami mencadangkan beberapa tempat yang biasanya menawarkan kadar tukaran Ringgit kepada Yen yang terbaik.

MV FOREX

 

 

Alamat : LG 042 Centre Court, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.

Contact : +603 2284 4761 / +603 2284 4771 / +603 2284 4000

 

MY MONEY MASTER

 

 

 

Alamat : LG 040 Centre Court, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.

Contact: 1800 22 3030

 

WARISAN RINGGIT

 

 

 

Alamat: GF, Selangor Mansion, 1002-A, Jalan Masjid India, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Contact: +60 3-2694 1421

Kami lebih menyarankan supaya anda menukar wang di kawasan yang tertutup seperti di Mid Valley. Ini kerana di Mid Valley terdapat bank untuk anda mengeluarkan wang anda dan terus ke Money Changer di samping kawalan keselamatan yang lebih baik berbanding di Money Changer di luar.

 

2. Bank Tempatan

 

 

 

Jika di kawasan anda tidak terdapat Money Changer, anda boleh juga menukar di bank-bank tempatan yang menawarkan perkhidmatan money changer.

Antara bank-bank yang menawarkan perkhidmatan tukaran wang asing adalah Maybank, CIMB Bank, Public Bank, Am Bank, Affin Bank.

Berikut adalah lawan web yang boleh anda guna untuk memeriksa kadar tukaran wang di setiap bank berikut

  1. MAYBANK
  2. CIMB BANK
  3. AMBANK
  4. PUBLIC BANK
  5. AFFIN BANK
  6. ALLIANCE BANK

Kebiasannya kadar tukaran di bank adalah lebih tinggi berbanding di money changer. Tetapi jika anda lebih selesa di bank, apa salahnya. Yang penting harus rajin membandingkan kadar tukaran antara bank-bank di atas.

3. Kad ATM

 

 

 

Jika anda kehabisan tunai dalam bentuk Yen di Jepun, anda boleh juga menggunakan kad ATM anda untuk proses mengeluarkan wang di Jepun.

Yang penting, anda telah mengaktifkan kad anda bagi kegunaan antarabangsa. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu menghubungi khidmat pelanggan bank anda untuk tujuan pengaktifan dan juga penetapan had penggunaan.

Sebagai langkah keselamatan, kami menyarankan anda terus membatalkan kegunaan antarabangsa sejurus pulang dari Jepun. Ini kerana sebarang transaksi adalah menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya dan pihak bank tidak akan bertanggungjawab jika berlaku transaksi di luar negara yang berlaku di luar pengetahuan anda.

Malah, kami juga menyarankan agar penggunaan kad ATM ini hanya dilakukan pada waktu kecemasan kerana kadar tukaran yang dikenakan agak tinggi dan mungkin akan membebankan anda setelah pulang ke Malaysia.

4. Kad Kredit

 

 

Penggunaan kad kredit juga adalah salah satu cara untuk berbelanja di Jepun. Jangan lupa untuk mengaktifkan kad untuk kegunaan antarabangsa. Seperti juga kad ATM, kami tidak menggalakkan anda menggunakan kad kredit selain daripada waktu kecemasan.

Selain daripada kadar tukaran yang tinggi, kemungkinan anda terlebih berbelanja dan berhutang di luar kemampuan juga adalah tinggi. Biarlah pergi dengan gembira, pulang juga dengan hati yang berbunga-bunga. Bunga-bunga hutang sama-sama kita jauhkan.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

tokyo mosque

LOKASI MASJID DI TOKYO

Posted By : Firdaus Khalid/ 1399 0

LOKASI MASJID DI JEPUN

 

Sebagai seorang muslim, antara perkara yang sering dirisaukan apabila melancong atau mengembara ke negara yang majoriti penduduknya bukan Islam adalah berkenaan solat.

Tidak seperti di Malaysia yang mana terdapat banyak surau atau masjid di mana-mana, agak sukar untuk menjumpai surau atau masjid di Jepun terutamanya jika melancong ke kawasan luar Bandar.

Anda jangan risau, kami aku kongsikan kepada anda lokasi masjid serta surau yang terdapat di Jepun. Untuk tips kali ini, kami akan fokuskan kepada masjid dan surau yang terdapat di Tokyo.

Untuk pengetahuan anda juga, Lapangan Terbang seperti Haneda, Narita dan Kansai menyediakan tempat solat yang selesa. Jangan malu untuk bertanya kepada Customer Service berkenaan tempat solat ini ya.

Di penghujung artikel ini kami lampirkan alamat masjid-masjid yang terdapat di seluruh Jepun.

 

MASJID DI SEKITAR TOKYO

 

1) Al-Tawheed Mosque / Hachioji Mosque / Masjid Hachioji

 

 

Dibina pada tahun 2002, masjid yang selesa ini bukan sahaja menyediakan tempat solat, malah turut menganjurkan pelbagai aktiviti seperti kelas-kelas agama dan hari terbuka.

Akses: 30 minit berjalan kaki dari Stesen Hachioiji atau 0 minit dari Hentian Bas Hiraokacho

Alamat:

36-6 Hiraoka Machi, Hachioji-shi,
Postal Code : 192-0061

KLIK UNTUK LOKASI PADA GOOGLE MAP

https://goo.gl/maps/UMNSfEGiTat

 

2) Arabic Islamic Institute / Hiroo Mosque / Masjid Hiroo

 

 

Arabic Islamic Institute telah ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menggalakkan kerjasama dan kefahaman budaya antara negara Arab dan rakyat Jepun.

Ia adalah gabungan institute yang menyediakan tempat solat, perpustakaan, muzium mini dan pelbagai aktiviti lain.

Akses: 10 minit berjalan kaki dari Stesen Hiroo

Alamat:

3-4-18 Moto Azabu, Minato-ku,
Postal Code : 106-0046

https://goo.gl/maps/BrXKNho2tkp

 

3) Ikebukuro Mushalla / Surau Ikebukuro

 

 

Akses: 2 minit berjalan kaki dari Stesen Ikebukuro

Alamat:

1-2-3-401 NishiIkebukuro, Toshima-ku
Postal Code : 171-0021

https://goo.gl/maps/QFr3ZgGJ4gQ2

 

4) Indonesia Musalla / Surau Indonesia

 

Akses: 7 minit berjalan kaki dari Stesen Meguro

Alamat:

3-6-6 Meguro, Meguro-ku

https://goo.gl/maps/2SdQrEu45dB2

 

5) Kamata Masjid / Kamata Mosque

 

 

Akses: 3 minit berjalan kaki dari Stesen Kamata

Alamat:

5-1-2 Kamata, Ota-ku,
Postal Code : 144-0052

https://goo.gl/maps/cmFGTh8ixkP2

 

6) Masjid As-Salaam / Okachimachi Mosque

 

 

Akses: 7 minit berjalan kaki dari Stesen Okachimachi

Alamat:

1F As-Salaam Bldg., 4-6-7 Taito, Taito-ku,
Postal Code : 110-0016

https://goo.gl/maps/hD2gukVQj2x

 

7) Otsuka Mosque / Masjid Otsuka

 

 

Masjid Otsuka siap dibina pada tahun 2000. Selain tempat beribadat, masjid ini juga menyediakan kelas pengajian Islam.

Akses: 3 minit berjalan kaki dari Stesen Otsuka

Alamat:
3-42-7 Minami Otsuka, Toshima-ku,
Postal Code : 170-0005

https://goo.gl/maps/7zYFuTVbBAm

 

8) Darul Arqam Mosque / Asakusa Mosque / Masjid Asakusa

 

 

Terletak di tengah Tokyo, masjid ini ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai memenuhi pertambahan orang Islam di Jepun.

Akses : 20 minit berjalan kaki dari Stesen Asakusa

Alamat:

1-9-12 Hihashi Asakusa, Taito-ku,
Postal Code : 111-0025

https://goo.gl/maps/iVJCC4a9uqk

 

9) Makki Mosque / Ohanajaya Mosque / Masjid Makki / Masjid Ohanajaya

 

 

Akses: 7 minit berjalan kaki dari Stesen Ohanajaya

Alamat:

5-22-14 Yotsugi, Katsushika-ku,
Postal Code : 124-0011

https://goo.gl/maps/ZVqz9R8Pntq

 

10) Machida Musalla/ Surau Machida

 

 

Surau ini letaknya sedikit jauh dari Stesen Machida. Berjalan kaki mungkin mengambil masa 10-15 minit.

Akses: 10-15 minit dari Stesen Machida

Alamat:

194-0013, Machida –shi, Hara Machida, 4-22-16-202

https://goo.gl/maps/CF99exNarg72

 

11) Shibuya Mushalla / Surau Shibuya

 

 

Surau ini merupakan sebuah rumah yang disewa dan diubahsuai menjadi sebuah surau kecil di tengah Bandar Shibuya.

Untuk sampai ke surau ini, anda perlu menaiki lif ke tingkat 11 dan cari bilik bernombor 07. Jangan risau tersalah bilik kerana anda lambang surau di pintu hadapan bilik dan insyaAllah pintunya tidak dikunci.

Jika anda datang pada waktu malam, minta kebenaran daripada penjaga pintu dengan mengatakan anda hendak ke Musalla atau prayer room. Ini kerana pintu utama hanya boleh digunakan oleh penduduk yang memiliki kad akses.

Disebabkan surau ini tiada pembahagi antara lelaki dan perempuan(shared room), kami cadangkan jika wanita biarlah berteman.

Akses: 5 minit berjalan kaki dari Stesen Shibuya

Alamat:

150-0043 Tokyo-to, Shibuya-ku, Dogenzaka, 2 Chome 11-1

https://goo.gl/maps/NdNymMvn5zR2

 

12) Shin Okubo Mushalla/ Surau Shin Okubo

 

 

Terletak sangat hampir dengan Stesen Shin Okubo, surau ini letaknya di tingkat 4. Untuk yang pertama kali ke sini mungkin sedikit keliru deretan kedai yang padat serta tanda surau yang sukar dilihat.

Untuk lebih mudah, tanya pekedai Green Nasco atau di kedai kebab berhampiran. Jangan lupa untuk menikmati juadah kebab di sini. Untuk yang mencari daging,ayam serta produk halal lain, boleh dapatkan di kedai berhampiran surau ini.

Akses: 1 minit berjalan kaki dari Stesen Shin Okubo

Alamat:

(TINGKAT 4) 169-0073, 2-10 Hyakunincho, Shinjukuku-ku, Tokyo

https://goo.gl/maps/dLvU4E3M7YL2

 

13) Tokyo Jamii /Tokyo Mosque/ Masjid Tokyo

 

 

Lebih dikenali sebagai Masjid Tokyo, masjid ini adalah antara masjid yang terawal dan terbesar di Jepun.

Masjid ini di asaskan oleh imigran Russia pada tahun 1938 yang berhijrah ketika Revolusi Oktober. Masjid ini kemudiannya diubahsuai pada tahun 1998 yang mana reka bentuknya sekarang mirip-mirip kepada Masjid Biru di Turki.

Masjid ini bukan sahaja menjadi tempat untuk beribadat malah turut menjadi Turkish Cultre Centre yang mana menarik ramai pelancong dari dalam dan luar Jepun.

Keindahan seni bina ottoman dan keunikan menaranya menjadikannya antara masjid tercantik di Jepun.

Terletak di Yoyogi-uehara tidak jauh dari Shinjuku dan Harajuku, masjid ini antara masjid yang wajib dilawati jika anda berkunjung ke Tokyo. Jika anda datang ketika bulan Ramadan, masjid ini bukan sahaja menyediakan juadah iftar malah anda juga berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan muslim dari pelbagai negara.

Akses: 3 minit berjalan kaki dari Stesen Yoyogi-Uehara

Alamat:

151-0065 , 1-19 Oyama-cho, Shibuya-ku, Tokyo

https://goo.gl/maps/NvtqZkCLoi62

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

PANDUAN SOLAT DI JEPUN

Posted By : Firdaus Khalid/ 1270 0

PANDUAN SOLAT DI JEPUN

 

Artikel kali ini kami akan berkongsi serba sedikit tentang panduan solat ketika berada di Jepun. Panduan-panduan ini adalah panduan yang kami sendiri gunakan ketika menentap di Jepun. Yang penting, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim tertunai dan dapat melancong dengan tenang.

 

TEMPAT SOLAT

 

 

Jika di Malaysia, kita sudah terbiasa jika mahu solat, terus saja mencari surau atau masjid yang berdekatan. Tetapi di Jepun, bilangan masjid serta surau masih lagi kurang dan kebanyakkannya terhad di Bandar sahaja.

Oleh itu jika anda melancong di kawasan yang tiada masjid atau surau yang berdekatan atau anda kesuntukan masa, antara tempat-tempat yang anda boleh pertimbangkan untuk solat adalah seperti di kawasan taman yang lapang atau kawasan parking. Jika anda berada pasaraya, kawasan tangga boleh juga digunakan kerana tangga jarang digunakan.

Tetapi jika anda berseorangan, kami cadangkan anda menggunakan bilik persalinan pakaian. Ini bagi mengelakkan anda terganggu ketika solat berseorangan.

 

WUDHU

 

masjid-nabawi

 

Disebabkan Jepun merupakan sebuah negara yang mengamalkan tandas kering yakni tandasnya tiada paip air dan hanya menggunakan tisu, ramai yang sedikit gusar untuk berwudhu di tandas.

Usah risau kerana anda masih boleh berwudhu. Yang penting sentiasa sediakan botol kosong supaya anda boleh mengambil air di sinki dan berwudhu di dalam tandas.

Yang penting pastikan anda lap air yang terpercik atau tertumpah ketika berwudhu mengunakan tisu yang disediakan. Ini kerana menjadi pantang bagi orang Jepun jika tandas mereka basah. Tandas basah menggambarkan tandas yang kotor bagi orang Jepun.

Kami tidak sarankan anda berwudhu di sinki kerana ianya akan mengganggu orang lain yang ingin menggunakan sinki tersebut di samping akan mengakibatkan kawasan sinki basah teruk. Perbuatan menggangkat kaki ke dalam sinki untuk berwudhu patut dielakkan kerana ianya sangat memberi gambaran buruk kepada orang Jepun.

Jika anda berpeluang menggunakan khuf, itu adalah lebih baik.  Jika pada musim sejuk, khuf bukan sahaja mengelakkan kaki anda sejuk malah memudahkan proses berwudhu.

 

WAKTU SOLAT

Untuk yang pertama kali ke Jepun sudah pasti tertanya-tanya berkenaan waktu solat. Mungkin ada yang merasakan waktu solat di Jepun lebih kurang sahaja seperti di Malaysia.

Untuk pengetahuan, disebabkan Jepun merupakan  negara 4 musim yang mana waktu siang dan malamnya berubah mengikut musim, waktu solatnya juga begitu. Sebagai contoh waktu solat subuh pada musim panas adalah pada jam 2.45 pagi manakala pada musim sejuk adalah pada jam 6 pagi.

Ini kerana pada musim panas matahari keluar lebih awal dan waktu siangnya lebih panjang berbanding pada musim sejuk.

Antara cara paling mudah untuk menentukan waktu solat di Jepun adalah dengan memuat turun aplikasi yang terdapat di smarphone seperti Prayer Time atau Muslim Pro. Jika tidak, anda boleh juga google waktu solat contohnya Tokyo Prayer Time dan google akan paparkan waktu solat bagi kawasan Tokyo.

 

KIBLAT

 

mecca

 

Seperti juga waktu solat, kami cadangkan kepada anda untuk memuat turun aplikasi yang terdapat pada smartphone. Cara ini sangat mudah dan sangat membantu anda sebagai pelancong.

Terdapat banyak aplikasi percuma di luar sana yang menawarkan servis memeriksa arah kiblat. Pilihlah yang mempunyai rating yang tinggi dan mudah digunakan.

 

PAKAIAN

 

 

Untuk pelancong lelaki, pakaian untuk solat tidaklah menjadi satu isu. Tetapi untuk pelancong wanita, ada yang tertanya-tanya adakah perlu membawa telekung untuk solat sepeti di Malaysia.

Kami lebih sarankan kepada pelancong wanita untuk memakai pakaian yang boleh terus digunakan untuk solat. Bukan sahaja memudahkan untuk solat di mana-mana malah sudah pasti dapat menutup aurat secara sepenuhnya.

Akhir  sekali, yang terbaik adalah anda merancang perjalanan anda lengkap dengan bila dan di mana anda mahu solat. Ini bagi mengelakkan anda terkejar-kejar dan risau berkenaan solat anda.

japan yukata

TIPS PEMILIHAN PAKAIAN

Posted By : Firdaus Khalid/ 7502 2

TIPS PAKAIAN DI JEPUN

 

 

Untuk yang pertama kali ke negara 4 musim seperti Jepun, antara persediaan yang mungkin sedikit merisaukan adalah tentang pakaian.

Kurangnya persediaan mungkin akan menyebabkan anda terpaksa berbelanja lebih sedikit bagi membeli pakaian setibanya di Jepun.

Artikel kali ini kami akan kongsikan berkenaan pakaian mengikut musim di Jepun. Semoga artikel ini dapat membantu anda memilih pakaian yang sesuai untuk ke Jepun nanti.

Musim Panas

 

japan summer

 

Jika anda merancang untuk melancong ke Jepun pada musim panas, persediaan daripada segi pakaian tidaklah membebankan.

Ini kerana suhu di Jepun pada musim panas adalah lebih kurang sama seperti di Malaysia. Bagi lelaki, memadai tshirt atau kemeja biasa dipadankan dengan seluar yang sesuai. Bagi wanita, tshirt atau blaus yang mempunyai pengaliran udara yang baik amat digalakkan.

Jika anda banyak terlibat dengan aktiviti di luar, elakkan memilih warna yang gelap seperti hitam kerana pada musim panas cahaya mataharinya agak terik. Warna yang gelap akan memerangkap haba dan menyebabkan badan anda menjadi lebih panas.

Elakkan memilih baju yang bermaterial tebal dan yang tidak dapat mengalirkan udara dengan baik. Pemilihan pakaian yang silap akan menyebabkan anda rasa tidak selesa sepanjang hari.

Walaupun musim panas, bawalah 1 jaket untuk kegunaan ketika dalam penerbangan.  Ini kerana suhu dalam kapal terbang mungkin agak sejuk jika penerbangan anda pada waktu malam.

Musim Bunga  dan Musim Luruh

 

Bagi musim bunga dan musim luruh, suhu purata tidaklah mencecah sehingga 0 darjah celcius. Tetapi harus diingat, pada waktu hujan, suhu mungkin mencecah sehingga 5 darjah celcius.

Untuk musim ini kami sarankan anda memakai jaket atau sweater ketika berjalan-jalan di luar. Pilihlah baju di bahagian dalam yang sedikit tebal bagi mengelakkan anda kesejukkan. Untuk pilihan seluar, jeans antara pilihan terbaik kerana tekstur kain yang tebal.

Pilih kasut yang kalis air kerana ada ketika hujan turun sepanjang hari. Kasut yang basuh boleh menyebabkan anda tidak selesa dan rimas.

Sarung tangan atau muffler tidaklah merupakan satu kemestian. Tetapi bagi yang tidak tahan dengan cuaca sejuk, boleh pertimbangkan pilhan tersebut.

Musim Sejuk

 

japan winter

 

Untuk musim sejuk, baju sejuk tebal merupakan satu kemestian. Jangan bergantung kepada jaket atau sweater biasa kerana ianya tidak mampu menahan asakan angin sejuk. Pilihlah baju sejuk yang dibuat daripada material yang berkualiti dan tahan lasak.

Pakaian di dalam pilihlah pakaian yang berkain tebal. Jika anda tidak tahan kepada cuaca sejuk, mungkin boleh pertimbangkan memakai long john di bahagian dalam baju bagi memerangkap haba.

Sediakan sarung tangan dan muffler bagi membantu anda menahan asakan angin sejuk. Pilih seluar dari kain yang tebal seperti jeans dan gunakan kasut yang kalis air. Keadaan akan menjadi lebih sejuk jika hujan turun pada hari tersebut.

Tambahan

 

 

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda memeriksa cuaca pada hari tersebut. Hal ini kerana  hujan di Jepun kadan kala turun sepanjang hari. Pemilihan pakaian dan kasut yang tidak sesuai akan menyebabkan mood melancong anda terganggu.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

TIPS CUACA DI JEPUN

Posted By : Firdaus Khalid/ 909 0

PERUBAHAN CUACA DI JEPUN

 

Cuaca sangat memainkan peranan yang penting untuk memastikan kelancaran perjalanan.  Di Malaysia, ramalan kaji cuaca jarang-jarang sekali diberi perhatian. Tetapi bagi negara 4 musim seperti Jepun, rakyatnya amat mengambil berat berkenaan ramalan kaji cuaca. Ramalan kaji cuaca sangat penting sehingga boleh dijadikan topik perbualan sehari-hari.

Artikel kali ini kami akan kongsikan serba sedikit info tentang cuaca di Jepun. Semoga artikel ini dapat membantu anda merancang perjalanan anda di Jepun kelak.

 

Ramalan Kaji Cuaca

 

 

Untuk pelancong di Jepun, ramalan kaji cuaca penting untuk merancang jadual perjalanan. Sebagai contoh jika sepanjang hari dijangkakan hujan, aktiviti luar seperti melawat Gunung Fuji dan Disneyland ditunda ke hari yang cuacanya cerah. Jika tidak merupakan satu kerugian kerana tidak puas menikmati pemandangan atau tarikan yang disediakan.

Ada beberapa cara untuk mendapatkan ramalan cuaca di Jepun. Antaranya

  • Taip sahaja cuaca di tempat anda ingin lawati
  • ACCU WEATHER. http://www.accuweather.com/en/jp/japan-weather Website ini membolehkan anda memeriksa cuaca, suhu, kekuatan angin dan sebagainya. Menariknya anda boleh memeriksa cuaca bagi setiap jam. Malah anda boleh memeriksa suhu bagi bulan-bulan kehadapan.
  • Aplikasi ACCU WEATHER. Muat turun aplikasi ini supaya cepat dan mudah untuk anda memeriksa cuaca di tempat anda.

Tambahan

 

 

  • Jika cuaca hujan, kami menggalakan anda untuk menggunakan payung. Hal ini kerana hujan di Jepun biasanya renyai-renyai tetapi mengambil masa yang sangat panjang untuk berhenti. Kadang-kala hujan renyai-renyai turun sepanjang hari. Malah jika anda datang pada tempoh pertukaran musim, hujan biasanya turun selama 1 minggu.
  • Jika anda datang pada musim panas, elakkan terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari. Ini kerana cuaca pada musim panas sangat terik dan boleh menyebabkan strok haba. Hampir setiap tahun berlaku kematian akibat strok haba.

JOM KE JEPUN

PAKEJ TRIPJEPUN.COM

japan garden

TIPS JIMAT KOS PENGINAPAN

Posted By : Firdaus Khalid/ 1217 0

TIPS JIMAT KOS PENGINAPAN

Selain kos pengangkutan dan kos makanan, kos penginapan juga antara faktor penting yang mempengaruhi perbelanjaan anda ketika di Jepun.

Tahukah anda, kadar penginapan di hotel biasa untuk satu malam adalah lebih kurang RM300 hingga RM400. Dan kebiasanya hotel di Jepun tidaklah seluas seperti hotel di Malaysia. Selain hotel terdapat pelbagai jenis lagi penginapan yang boleh anda cuba dan rasai di Jepun? Antaranya  ialah homestay, hostel, dorm dan hotel kapsul. Namun begitu, jika anda pergi secara berkumpulan, kami lebih menyarankan anda untuk menyewa homestay.

Selain daripada faktor keselesaan dan privasi berbanding hostel atau dorm, kebanyakkan homestay menyediakan kemudahan untuk mencuci pakaian dan memasak. Malah ada sesetengah homestay menyediakan basikal dan poket wifi yang boleh dibawa ketika anda keluar bersiar-siar. Di sini saja anda telah jimat daripada segi makanan, mencuci pakaian dan internet. Di samping itu, harga homestay jauh lebih murah berbanding hotel dan lebih berlaloi dengan kelengkapan dan kemudahan yang disediakan.

Di sini kami kongsikan pengalaman klien kami menginap di homestay sebagai rujukan anda.

Situasi 1

Bilangan pelancong : 12 orang termasuk 1 bayi

Tempoh menginap: 7 hari 6 malam

Jumlah Bilik : 5 bilik, 1 tandas, 1 bilik mandi, 1 ruang tamu, 1 dapur

Kelengkapan : Dapur, peti sejuk, microwave, pemanas air, mesin basuh, poket wifi

Jarak dari stesen kereta api : 10minit berjalan kaki

Harga : RM4500 untuk 6 malam.

Kos/Orang : (4500/12orang)/6malam = RM62.50 untuk sehari

Situasi 2

Bilangan pelancong : 2 orang termasuk 1 bayi

Tempoh menginap: 5 hari 4 malam

Jumlah Bilik : Studio unit

Kelengkapan : Dapur, peti sejuk, microwave, pemanas air, mesin basuh, internet

Jarak dari stesen kereta api : 3minit berjalan kaki

Harga : RM480 untuk 4 malam.

Kos/Orang : (480/2orang)/4malam = RM60 untuk sehari.

Saranan TripJepun.com

Berdasarkan kes studi di atas, kami amat menyarankan pelanggan kami untuk tinggal di homestay berbanding hotel atau hostel. Selain faktor harga, kemudahan dan privasi, anda juga dapat merasai pengalaman tinggal di rumah orang Jepun.

Jangan risau untuk menempah homestay. Kami akan bantu anda untuk menempah homestay yang sesuai dengan cita rasa serta bajet anda. Dan servis ini kami berikan secara PERCUMA !

Jom Ke Jepun

PAKEJ TRIPJEPUN.COM